saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 17/10/2014

Citra negara perlu dalam pelaksanaan dasar bahasa

PERANAN media cetak dan elektronik, media baharu yang cenderung bebas dari norma adab dan akhlak, Pelan Memperkasa Bahasa Kebangsaan di Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang masih longgar, kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) yang tidak dilaksanakan secara sungguh-sungguh, pemilihan nama yang tidak bercitra kebangsaan bagi taman perumahan dan gedung perniagaan atau institusi agak membimbangkan.

Inilah fokus ucapan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin sewaktu melancarkan Bulan Bahasa Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) baru-baru ini.

Apa yang berlaku sekian lama amat menyilau mata memandang seolah-olah slogan "bahasa jiwa bangsa" hanya terucap di bibir tetapi tidak terlihat pada realiti. Ada semacam ketirisan yang amat memilukan dalam kalangan penguat kuasa dan orang yang diberi amanah supaya citra negara iaitu bahasa kebangsaan dimartabatkan.

Apakah dalam kalangan pelaksana dasar sudah hilang jatidiri lalu hanyut dalam arus dunia dagang yang serba mengizinkan hingga lupa bahawa Malaysia ada peraturan dan undang-undang dalam memartabatkan bahasa negaranya?

Bahasa kebangsaan adalah suatu imej yang perlu dipelihara dan terlihat di mata khalayak bahawa Malaysia ada wibawa sendiri dan watak sendiri bukannya ciplakkan dari luar yang menyilau mata memandang.

Perkataan yang bercampur-aduk, istilah-istilah luar yang tidak menggambarkan resam tempatan, nama-nama taman dan bangunan yang asing bunyi dan maksudnya adalah perkara-perkara lazim terdapat seolah-olah dalam negara ini tidak ada peraturan dan undang-undang untuk mengawalnya.

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) semacam tidak dirujuk. Lalu papan tanda dan iklan dibuat sesuka hati. IPT awam lembab dalam Pelan Memperkasa Bahasa Kebangsaan di IPT lebih-lebih lagi di IPTS.

Memang kedapatan pihak-pihak yang secara terang-terangan meremeh dan menghina bahasa kebangsaan. Konon menggunakan bahasa kebangsaan dan meletakkan imej keMalaysiaan dalam nama bangunan dan institusi ianya ketinggalan zaman, tidak memikat pelancong dan tidak berwatak antarabangsa.

Inilah penyakit rendah diri yang mengaibkan seperti yang diserukan oleh Muhyiddin kepada semua warganegara tanpa mengira asal keturunan di negara ini agar memberikan nilai yang tinggi kepada bahasa kebangsaan dan bersama-sama bergerak memajukan bahasa dan persuratan kebangsaan.

Seruan ini memerlukan tindakan yang lebih tegas dan jelas kerana isu pelaksanaan bahasa kebangsaan telah diperundangkan dan memerlukan pemantauan ke arah pelaksanaan yang betul dan tepat.

Tidak timbul isu fanatik berbahasa dalam soal ini. Menjadi tanggungjawab setiap pihak bahawa asas-asas utama bernegara seperti bahasa menjadi lambang kesetiaan dan ketaatan kerana citra negara ini menggambarkan watak negara merdeka dan berdaulat.

Kalau kita ke Perancis, Jerman, Cina, Jepun dan banyak negara citra negara mengenai bahasa terlihat jelas. Ia tidak menjadi sebab pelancong tidak datang dan dunia dagang menjadi rosak.

Malangnya dalam kalangan sesetengah orang kita termasuk sebahagian orang Melayu sendiri merasa kerdil dengan penggunaan bahasa kebangsaan ini malah terikut-ikut dengan gelagat kelompok yang mementingkan pulangan komersial semata-mata.

Bahasa kebangsaan pada hemat mereka tidak bersifat antarabangsa. Imej kosmopolitan perlu ada untuk maju. Negara ini masyarakatnya majmuk. Sifat iklan, peranan media, nama bangunan, nama bangunan kediaman dan nama hotel perlu menggambarkan kemajmukan ini.

Bila bahasa kebangsaan diremehkan dalam sektor-sektor yang disebutkan lalu timbul kecenderungan orang meremehkannya dalam sistem pendidikan negara dan ia bakal memberi kesan kepada persefahaman dan perpaduan warganegara.

Bayangkan masa depan Malaysia tanpa citra negara dijadikan pedoman dalam memberi imej keMalaysiaan, orang luar akan merasakan Malaysia sebagai sesuatu yang asing bukannya Malaysia yang memiliki wibawa dan peribadi sendiri. Pelancong biasanya ingin melihat keunikan Malaysia dalam acuannya sendiri bukan acuan orang lain. Jatidiri ini perlu diperlihatkan supaya kualiti patriotisme warganya terlihat dengan jelas.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:10
Asar 4:13
Maghrib 7:12
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.