saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 16/10/2014

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

APA juga platform antarabangsa, Malaysia dirujuk sebagai negara Islam yang progresif dan menjadi gambaran jelas mengenai negara Islam. Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama pun semasa berucap pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) bulan lalu turut mengulas pencapaian ekonomi Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang sedang bergerak untuk muncul sebagai negara maju. Itu semua memberi gambaran bahawa Malaysia sebagai sebuah negara Islam telah berada pada landasan yang betul dalam membina peradabannya.

Namun, apa yang kita kecapi sekarang bukanlah sesuatu yang mudah diperoleh. Pelbagai halangan terpaksa dilalui. Malahan kita perlu menjangkakan pelbagai lagi kepayahan yang perlu kita tempuhi. Tahap kewaspadaan perlu sentiasa ada dalam diri rakyat kita terhadap pelbagai elemen negatif yang mungkin boleh merencatkan momentum yang kita nikmati sekarang.

Pendedahan polis yang menahan 13 individu di Shah Alam semalam yang dipercayai dalam persiapan untuk menyertai kumpulan militan Negara Islam (IS) adalah antara elemen negatif yang perlu kita hadapi kerana ia boleh mencalarkan imej Malaysia sebagai negara Islam contoh. Lebih berbahaya lagi apabila sebahagian yang ditahan itu terdiri daripada pelajar, kelompok yang bakal mewarnai negara kita pada masa depan. Dengan penahanan terbaru itu, menjadikan 23 orang ditahan setakat ini atas alasan yang sama manakala 22 rakyat Malaysia telah dikesan berada di Syria kerana menyertai kumpulan militan.

Dalam menangani permasalahan tersebut, pemahaman betul dan jelas perlu diberikan kepada golongan muda khususnya pelajar yang berpotensi untuk mudah berkorban demi agama, mengenai takrif jihad dan seumpamanya. Kita tidak mahu mereka diperalatkan untuk kepentingan pihak tertentu yang berselindung di sebalik seruan jihad sedangkan apa yang diperjuangkan tidak memenuhi tuntutan tersebut.

Gejala negatif seperti ini perlu dibendung dalam memastikan pembangunan Malaysia sebagai sebuah negara Islam terus lancar. Justeru adalah menjadi tugas kita untuk membimbing generasi muda Malaysia supaya tidak mudah terjerumus dengan seruan jihad yang tidak betul asasnya.

AWANG - Semak diri.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:23
Maghrib 6:58
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.