saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 16/10/2014

Belanjawan membantu rakyat

PADA Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan telah membentangkan satu bajet yang boleh dikatakan menyentuh dan merangkumi kesemua aspek golongan masyarakat.

Saya namakan Bajet 2015 - Bajet Bantu Rakyat kerana ia memberikan impak kepada rakyat terutamanya golongan menengah bawah. Dalam bajet ini, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM273.9 bilion iaitu 9 bilion lebih daripada Bajet 2014. Lebihan ini memperlihatkan bahawa fundamental ekonomi negara dalam keadaan yang stabil dan perancangan kerajaan meningkatkan taraf hidup rakyat juga dalam proses yang positif.

Bajet ini juga merangkumi dasar-dasar besar kerajaan iaitu dasar Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10), Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan Nasional (DPN).

Sejak 2010 lagi, kerajaan melalui DPN bermatlamat membasmi kemiskinan dalam bandar dan luar bandar dan untuk memastikan ia berjaya kerajaan telah memperluaskan ekonomi yang berasaskan komoditi, merancakkan pembangunan sumber tenaga manusia yang profesional dan juga separa profesional dan meningkat persaingan dalam sektor swasta.

Dalam bajet ini, kerajaan sangat prihatin bahawa golongan usahawan hendaklah diramaikan bilangannya. Peluang untuk usahawan muda memasuki sektor ini dibuka luas dengan peruntukan sebanyak RM5 bilion terutamanya dalam sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Oleh itu, peluang ini hendaklah direbut oleh golongan muda terutama para graduan universiti yang harus melihat usahawan sebagai salah satu pilihan utama selain daripada mencari kerja di syarikat-syarikat besar.

Peruntukan latihan untuk menjadikan seseorang usahawan yang berjaya juga diberikan dan peruntukan 'modal permulaan' untuk start-up juga diberikan. Sebanyak RM500 juta diberikan kepada TEKUN untuk merancakkan aktiviti usahawan.

Bajet ini juga memberikan ruang nafas kepada golongan berpendapatan rendah menerusi pengecualian cukai yang diberikan kepada mereka yang mempunyai pendapatan di bawah RM4,000.

Cukai pendapatan individu juga dikurangkan 1 peratus hingga 3 peratus untuk semua peringkat. Dengan pengecualian cukai ini sedikit-sebanyak lebihan daripada pengecualian ini boleh meringankan beban rakyat.

Antara yang menarik dalam bajet ini juga, kerajaan akan memperkenalkan satu produk pelaburan yang mengikut peruntukan perundangan syariah yang dipanggil Platform Akaun Pelaburan yang bakal memberi peluang kepada pelabur melabur di dalam aktiviti-aktiviti keusahawanan di sektor PKS. Ini menepati kehendak perlembagaan negara yang meletakkan Islam itu sebagai agama Persekutuan. Ini juga memberikan peluang kepada pelabur untuk membuat perbandingan kestabilan ekonomi dalam menggunakan pendekatan syariah.

Ekonomi rakyat adalah bertepatan dengan bajet ini dan saya merasakan pertumbuhan ekonomi akan meningkat sehingga 6.7 peratus menjelang tahun hadapan atas kerancakan peluang pelaburan asing ke dalam negara ini. Namun, rakyat sering bertanyakan tentang implementasi pengagihan kekayaan daripada bajet ini.

Maka diingatkan bahawa implementasi bajet ini hendaklah mencari satu kaedah yang telus agar tiada ketirisan dan juga dapat dirasai oleh seluruh golongan masyarakat di negara ini terutamanya yang berpendapatan rendah.

Kita mempunyai satu bajet yang baik, perancangan yang hebat tetapi jika pelaksanaannya itu tidak beramanah dan penuh dengan ketirisan maka rakyat akan melihat ketidakcekapan kita dalam mengurus ekonomi dan bajet negara.

Saya percaya Perdana Menteri akan memastikan ini tidak berlaku. Saya juga percaya kerajaan akan memastikan segala peruntukan disalurkan dengan tepat, cepat dan penuh beramanah.

PENULIS ialah Naib Presiden Management & Science University (MSU) (Hubungan Industri)

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.