saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 16/10/2014

Pengaruh propaganda IS

Demonstrasi yang diadakan secara besar-besaran di Berlin, Jerman baru-baru ini yang menentang dan mengecam serangan kumpulan militan Negara Islam (IS) terhadap puak Kurdish di Syria. - Agensi

TIDAK memeranjatkan jika terdapat ramai rakyat Malaysia yang terlibat secara langsung dengan kumpulan militan kerana fenomena seperti ini telah mula melanda dan merebak di kebanyakan negara termasuk negara maju seperti Amerika Syarikat (AS), Perancis dan Britain. Paling menarik perhatian dan membimbangkan adalah bagaimana kumpulan Negara Islam (IS) begitu licik merekrut bukan sahaja lelaki tetapi juga gadis remaja dan kanak-kanak.

Ketika sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO semalam, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan Malaysia mesti mengambil sikap berhati-hati dalam perkara tersebut bagi membendung fahaman militan IS menerusi pemantauan Polis Diraja Malaysia.

Ketika era kumpulan militan seperti Al-Maunah, Jemaah Islamiah (JI) dan Kumpulan Militan Malaysia (KMM) sedekad yang lepas kebanyakan yang terlibat adalah daripada golongan lelaki dewasa. Tetapi kemunculan IS dan beberapa kumpulan lain yang bertapak di Syira dan Iraq pada ketika ini telah mengubah persepsi bahawa hanya lelaki dewasa yang mampu melibatkan diri dalam kegiatan militan.

Maklumat risikan telah menjerumuskan bahawa sasaran untuk menyertai kumpulan militan telah mula menular bukan sahaja ke institusi pengajian tinggi (IPT) tetapi juga sekolah. Mengapa kumpulan pelajar di IPT dan sekolah menjadi sasaran adalah kerana dalam umur lingkungan 15 hingga 30 tahun adalah usia yang paling mudah untuk dipengaruhi oleh pihak yang mempunyai agenda tertentu.

Tetapi sebab utama kumpulan sasaran remaja menjadi perhatian adalah kerana penggunaan media sosial bentuk baru seperti Facebook dan Twitter yang menjadi kelaziman dalam kehidupan seharian mereka. Bukan sahaja landasan media sosial menjadi saluran komunikasi utama kumpulan anak muda tetapi juga ia adalah sumber maklumat utama dan sahih mereka.

Jika ketika era Al-Maunah, JI atau KMM strategi rekrut adalah melalui perjumpaan bersemuka dalam kumpulan kecil seperti usrah, tetapi era IS pula menjadikan media sosial sebagai kaedah rekrut utama kumpulan militan.

Sebab itu tidak menghairankan apabila Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman telah mengesahkan seorang gadis yang merupakan bekas pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) telah berlepas ke Syria pada 4 Oktober lepas untuk menyertai IS.

Kumpulan IS begitu pintar menarik gadis dan pelajar menyertai perjuangan militan dengan menggunakan dua gadis pelajar sekolah dari Austria iaitu Sabina Selimovic yang baru berumur 15 tahun dan Samra Kesinovic, 17 tahun sebagai ikon anak muda dalam IS. Video propaganda yang dimuat naik ke dalam laman media sosial ini begitu meyakinkan kerana konsep yang digunakan mudah diresapi oleh kumpulan sasaran.

Setakat ini, sebanyak 22 rakyat Malaysia termasuk tiga wanita dikesan berada di Syria untuk menyertai beberapa kumpulan militan seperti IS, Jabhat Al Nusra dan Ajnad Al Sham. Sementara itu 23 individu lagi telah ditahan selepas dipercayai terbabit dengan kumpulan militan.

Orang ramai mungkin tertanya-tanya mengapakah pihak berkuasa keselamatan tidak boleh mengambil langkah pencegahan seperti menahan mereka yang terlibat sebelum mereka bertolak ke Syria atau Iraq? Jika penggunaan peruntukan undang-undang sedia ada seperti Kanun Keseksaan yang baharu dipinda dan juga Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) tidak mencukupi, maka perlu diadakan peruntukan khas menangani kegiatan militan ala IS.

Australia umpamanya pada minggu lepas memperkenalkan Rang Undang-Undang Pejuang Asing untuk perbahasan dalam Parlimen. Tujuan utama rang undang-undang ini adalah untuk menangani ancaman IS yang begitu menular mempengaruhi rakyat Australia untuk turut serta dalam perjuangan militan di Syria dan Iraq.

Peruntukan yang agak ketara dalam perundangan baharu ini yang mampu memberi kelebihan kepada agensi keselamatan Australia adalah usaha mendapat metadata komunikasi Internet rakyat mereka yang disyaki terlibat dalam aktiviti yang memudaratkan keselamatan negara adalah sah dan dibenarkan dari segi sudut perundangan.

Metadata komunikasi Internet ini yang mungkin berpunca dari komunikasi melalui Facebook atau Twitter dan ia merupakan maklumat risikan yang amat bernilai. Ini adalah kerana jika strategi rekrut kumpulan militan dilakukan melalui media sosial, maka sudah pasti juga maklumat risikan boleh diraih dari sumber yang serupa.

Metadata media sosial adalah amat berharga bukan sahaja untuk maklumat risikan kegiatan rekrut di Malaysia tetapi juga untuk mendapatkan gambaran kegiatan kumpulan militan di Syria dan Iraq. Sebab itu tidak memeranjatkan jika Bahagian Counter Terrorism mengetahui secara spesifik bukan sahaja jumlah rakyat Malaysia yang terlibat dengan kegiatan militan di Syria tetapi juga mengetahui nama setiap 22 individu tersebut.

Kesemua maklumat tersebut boleh diperoleh dari metadata media sosial kerana setiap aktiviti ahli kumpulan militan dihebahkan melalui saluran tersebut kerana ia merupakan strategi untuk menarik perhatian dan mempengaruhi rekrut baharu.

Apabila Bahagian Counter Terrorism beberapa minggu lepas melancarkan operasi khas dan berjaya menangkap tiga rakyat tempatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana disyaki merancang untuk berlepas ke Syria bagi tujuan menyertai kumpulan IS, maklumat risikan besar kemungkinan berpunca dari komunikasi media sosial ketiga-tiganya.

Jika IS menggunakan media sosial sebagai landasan propaganda mereka, begitu juga dengan agensi risikan Malaysia patut menggunakan landasan yang serupa sebagai anti propaganda IS sebagai asas menyebarkan maklumat sahih mengenai bagaimana IS dipergunakan oleh pihak tertentu kerana kepentingan masing-masing. Remaja yang menyertai IS sebenarnya bukan berjihad dalam keadaan sebenar tetapi diperalatkan oleh pihak ketiga.

PENULIS ialah Geostrategis Institut Geospatial dan Sekolah Perdana UTM

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:10
Asar 4:13
Maghrib 7:12
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.