saya nak baca ..

REKREASI


ARKIB : 14/10/2014

Skuba muslimah tampil i-divers

Aktiviti skuba juga ramai disertai golongan wanita.

PEMBABITAN golongan muslimah untuk terlibat dalam aktiviti lasak atau outdoor mungkin selama ini dianggap agak terhad disebabkan beberapa faktor tertentu. Ini termasuk dari segi pakaian serta penampilan hingga ia dirasakan sebagai satu halangan besar kepada mereka.

Keadaan ini secara tidak langsung memberi tanggapan bahawa aktiviti lasak hanya sesuai untuk golongan adam sahaja.

Namun, banyak perkara telah dibuktikan bahawa wanita juga mampu melibatkan diri dalam aktiviti lasak dan mempunyai kemampuan yang sama dengan kaum lelaki.

Begitu juga halnya dalam aktiviti skuba atau selam, yang mungkin selama ini ada beranggapan bahawa ia hanya untuk lelaki disebabkan pembabitan wanita tidak sesuai memandangkan pakaian skuba tersebut menampakkan bentuk badan seseorang wanita.

Namun, kini kalangan muslimah terutama yang meminati aktiviti di dasar laut boleh menarik nafas lega kerana sudah terdapat pakaian yang sesuai untuk mereka jika berminat menyertai skuba.Malah pakaian tersebut tidak lagi menampakkan bentuk badan seseorang wanita itu dengan jelas.

Seseorang wanita itu boleh memakai baju skuba atau wetsuit dan di bahagian luarnya dipakaian pula sehelai baju tambahan yang didatangkan khas dari Mesir.

Baju lapisan kedua itu walaupun basah ketika melakukan selaman namun ia tidak melekat atau mengecut hingga boleh menyebabkan bentuk badan seseorang wanita itu jelas kelihatan.

Jika selama ini seseorang itu menggunakan baju T, pasti pakaian berkenaan yang basah akan melekat pada tubuh badan atau wetsuit yang dipakai.

Menurut penceramah bebas, Ustaz Muhamad Abdullah, pakaian berkenaan didatangkan khas dari Mesir dan berpendapatan ia amat sesuai untuk wanita yang berminat dalam aktiviti skuba.

“Saya pernah melawat beberapa negara seperti Jordan, Turki, Maghribi serta beberapa negara Arab lain, namun akhirnya saya dapati pakaian yang terdapat di Mesir ini lebih sesuai untuk dipakai oleh wanita yang hendak menyertai aktiviti skuba.

“Baju atau pakaian ini tidak melekat atau mengecuti pada baju atau badan seseorang itu. Ini dapat mengelak dari menampakkan tubuh badan secara jelas,’’ katanya.

Beliau bagaimanapun berpendapat bahawa pakaian tersebut boleh dipertingkatkan lagi kualitinya supaya dapat diterima sepenuhnya oleh golongan muslimah.

Muhamad berkata, sekian lama beliau memikirkan bagaimanapun untuk mengumpul para penyelam termasuk dari kalangan muslimah bagi melibatkan diri dalam aktiviti skuba.

“Aktiviti skuba ini memang menarik terutama apabila kita berada di dasar laut. Banyak keindahan alam dapat dilihat. Inilah kebesaran Allah SWT.

“Oleh itu saya wujudkan i-divers (Islamic Divers) bagi mengumpulkan para penyelam dari mana-mana sahaja,’’ katanya.

Mengulas lanjut mengenai aktiviti skuba dan pakaian selam untuk golongan muslimah, Muhamad berkata, Rasullullah dalam sabda baginda antara lain berbunyi: “Ajarlah anak-anak kamu....berenang....memanah....berkuda’’.

Menurut Muhamad, pesanan itu menunjukkan bahawa Rasullullah mahu umatnya bergiat dan aktif dalam kegiatan lasak atau outdoor.

Jelasnya. pembabitan dalam aktiviti lasak membawa kebaikan kerana seseorang itu bukan sahaja sihat, malah tidak lemah.

“Pembabitan dalam aktiviti lasak menjadi kita sihat dan sentiasa bersedia dalam banyak perkara,’’ katanya.

Muhamad turut mengingatkan sepotong hadis yang antara lain berbunyi; “Allah menyukar orang-orang mukmin yang cergas dibandingkan dengan mukmin yang lemah’’.

“Ini menunjukkan bahawa tanpa mengira sama ada lelaki atau wanita, kita digalak melibatkan diri dalam aktiviti lasak atau `outdoor’. Ini akan menjadikan seseoran itu orang mukmin yang cergas dan sihat.

“Dengan pakaian khas skuba ini, golongan muslimah boleh tersenyum dan mereka dapat menyertai aktiviti menyelam,’’ katanya.

Mengenai skuba, beliau berkatga, ia merupakan aktiviti lasak yang memerlukan keberanian dan disiplin yang tinggi.

“Keberanian kerana apabila berada di dasar laut kita bergantung sepenuh pada udara yang disalurkan dari tangki selam.

“Disiplin tinggi pula kerana sebelum menyelam kita perlu mengikut kursus skuba dan seterusnya mendapatkan lesen. Malah skuba juga memerlukan pengetahuan dan kemahiran termasuk pengetahuan mengguna dan menjaga peralatan serta keselamatan diri,’’ katanya.

Sementara itu, Anis Zakiah Muhamad, 10, belajar menyelam pada mulanya memang menakutkan kerana seseorang itu seolah-olah berada dalam dunia asing.

“Selama ini kita bernafas di daratan. Apabila menyelam kita terpaksa bernafas dari tangki udara selain memakai peralatan lain.

“Namun, tunjukkan ajar yang diberi dapat menyakinkan diri selain saya perlu sentiasa menitikberatkan perkara berkaitan keselamatan diri serta peralatan,’’ katanya.

Bagi Nur Sazliana Saleh, 31, dia pada mulanya berasa agak malu untuk menyertai aktiviti skuba disebabkan khuatir memperlihatkan susuk atau bentuk badan secara jelas,

``Minat skuba itu sejak dulu lagi memang ada dan saya teringin endak merasa keadaan serta keindahan ketika berada di dasar laut. Namun ketika itu saya terpaksa melupakannya kerana tidak yakin bahawa aktiviti skuba itu juga boleh dilakukan oleh wanita.

“Kini, dengan adanya pakaian tambahan yang tidak melekat atau mengecut pada tubuh badan, saya boleh menyelam dengan selesa tanpa rasa ragu-ragu atau malu,’’ katanya.

Zainab Abdul Rahim, 27, juga berpendapat dengan adanya pakaian selam yang didatangkan dari Turki itu, beliau dapat melakukan aktiviti selam dengan selesa.

“Sebelum ini apabila pakai wetsuit sahaja, saya rasa agak malu kerana merasakan ada sahaja mata yang memandang. Tapi setelah mencuba pakaian tambahan ini, saya rasa lebih selesa. Setiap kali melakukan selaman saya dapat tumpukan perhatian kepada kehidupan di dasar laut,’’ katanya.

Bagi golongan muslimah yang berminat untuk belajar dan mendapatkan lesen skuba selain memilik pakaian skuba yang sesuai boleh menghubungi [email protected] - AMIR SARIFUDIN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:10
Asar 4:13
Maghrib 7:12
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.