saya nak baca ..

REKREASI


ARKIB : 12/10/2014

Rekod 1,000 roller-coaster

RASA gemuruh menaiki roller-coaster benar-benar mengujakan David.

BUKAN semua orang gemar menaiki permainan roller-coaster, ramai yang berasa cukup sekadar mencuba permainan yang menguji keberanian itu sekali seumur hidup.

Namun, berbeza dengan David Ellis dari Lowestoft, England. Pengalaman pertama kali menaiki roller-coaster di Pantai Great Yarmouth Pleasure ketika kecil cukup mengujakannya dan membuatkan dia nekad untuk menaiki roller-coaster sebanyak-banyak mungkin.

Bagi mencapai impiannya itu, David sudah mengembara ke 22 buah negara dan melalui trek roller-coaster sepanjang 2,414 km secara total demi menyertai senarai antara 40 orang di dunia yang berjaya 'menakluki' 1,000 roller-coaster.

Malah, David dan isterinya, Susan, menaiki roller-coaster pada pagi majlis perkahwinan mereka di Vegas pada tahun 2002.

SUSAN sentiasa mengikuti suaminya menaiki roller-coaster di seluruh dunia malah turut menaikinya pada pagi majlis perkahwinan mereka.

Menjejaki

Akauntan berusia 48 tahun itu berkata, cintanya kepada permainan yang meningkatkan tahap adrenalin bermula seawal 10 tahun ketika bercuti bersama keluarga. Walaupun agak gementar sewaktu pertama kali menaiki roller-coaster, pengalaman pertama itu merupakan antara kenangan paling tidak boleh dilupakan dan juga pemangkin kepada kegilaannya sekarang.

Sejak itu, dia berusaha untuk menjejaki taman tema berdekatan tempat tinggalnya kemudian di sekeliling England. Namun apabila sudah mula bekerja, dia mula memburu permainan itu hingga ke luar negara.

Antara pengalaman unik yang dilalui David ialah pernah memandu selama empat jam ke Alton Towers untuk menaiki Roller Coaster Nemesis sebanyak 64 kali dan kemudian terus memandu pulang pada hari yang sama.

David juga pernah memecah rekod dunia sebanyak dua kali dengan menaiki roller-coaster tanpa seurat benang! Tahun lalu di China, David berjaya pergi ke 27 taman tema dan menaiki kesemua roller-coaster di sana dalam tempoh hanya 16 hari.

Akhirnya dia berjaya menaiki roller-coaster yang ke 1,000 baru-baru ini sewaktu melancong selama 18 hari ke Amerika Syarikat dan Kanada dengan menaiki 65 roller-coaster yang terdapat di 27 taman tema yang berbeza.

Namun pemburuannya tetap akan diteruskan kerana menurut David, akan sentiasa ada roller-coaster baru yang akan dibina setiap tahun dan dia tidak sesekali akan jemu menaikinya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:10
Asar 4:13
Maghrib 7:12
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.