saya nak baca ..

REKREASI


ARKIB : 11/10/2014

Teroka Sungai Chiling hujung minggu

KESEJUKAN air terjun pastinya mengembalikan kesegaran kepada tubuh badan yang penat ketika meredah trek hutan.

KHUSUS untuk anak muda di sekitar Lembah Klang, adakah anda masih belum mempunyai sebarang perancangan hujung minggu ini?. Jika belum, apa kata anda berkunjung ke lokasi rekreasi popular terletak di kaki Bukit Fraser. Apa lagi jika bukan Air Terjun Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Percutian singkat pada hujung minggu menjadi lebih bermakna apabila kawasan semula jadi tersebut menjanjikan suasana yang mendamaikan fikiran. Air Terjun Sungai Chiling bukan sahaja dikenali kerana air dan aliran jeramnya yang jernih, malah kewujudan ribuan ikan kelah dan lampan yang bermain di arus sungai turut mempesonakan.

Penulis tiba di sana menaiki kereta bersama rakan-rakan dari Shah Alam tepat pukul 10.00 pagi. Berbeza dengan air terjun lain, Sungai Chiling memerlukan pengunjung mengerah keringat bagi meneroka tiga lata air terjun tersebut dengan mengharungi lima batang anak sungai dan meredah trek hutan yang indah.

Sebelum meneroka lebih jauh, pengunjung perlu mendaftar di pejabat santuari dengan bayaran masuk dikenakan RM1.00 seorang serta deposit RM3.00 bagi setiap bekas makanan pakai buang.

Sambil bersuka ria, anda dinasihatkan untuk berhati-hati semasa mengharungi sungai kerana batu-batu di dalamnya yang licin, selain arus deras terutama ketika musim hujan.

Bagi penggemar flora, spesies pokok periuk kera dan anggerik hutan tentunya menggamit perhatian, selain tumbuh-tumbuhan besar yang membentuk seperti kanopi menutupi laluan hutan.

Bagi anak muda yang teruja melihat hidupan liar, terdapat spesies tupai, babi hutan dan cicak yang boleh dilihat jika bernasib baik di sepanjang perjalanan ke air terjun.

Selepas berjalan kira-kira 45 minit dengan jarak sekitar 4.5 kilometer, hati siapa yang tidak berbunga apabila di hadapan mata, terbentang curahan air terjun setinggi 70 meter yang begitu cantik dan indah.

Airnya yang sejuk segera menyegarkan tubuh yang penat meredah hutan. Kawasan paling menarik untuk mandi manda tentunya di titik jatuhan air terjun yang membentuk sebuah kolam besar.

Bagi yang mahu berkhemah, anda tidak perlu sukar untuk membawa khemah sendiri kerana pejabat santuari menyediakan sewaan khemah dengan kadar bayaran RM4.00 setiap seorang. Tetapi, apa-apapun anda perlu mendapatkan kebenaran dari pejabat santuari yang terdapat di kawasan tersebut terlebih dahulu.

Bukan itu sahaja, kemudahan asas seperti surau, tandas dan santuari ikan turut disediakan untuk keselesaan pengunjung.

Jika masih belum puas dengan kolam pertama, teruskanlah pendakian kerana terdapat beberapa lagi kawasan perkelahan di aras yang lebih tinggi. Bagaimanapun, Sungai Chiling cuma boleh dikunjungi selama tiga hari pada setiap minggu iaitu pada Jumaat, Sabtu dan Ahad. - DHIYA'ZULHILMI DAUD

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:02
Asar 4:25
Maghrib 6:59
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.