saya nak baca ..

REKREASI


ARKIB : 04/10/2014

Misi amal bantu Orang Asli

PERAHU digunakan untuk membawa barang sumbangan menyeberang Sungai Ulu Tembeling.

APABILA cuti umum bersambung dengan cuti hujung minggu, maka pelbagai organisasi dan pertubuhan menganjurkan bermacam-macam aktiviti untuk memenuhi minat ahli mahupun orang ramai termasuk menganjurkan projek amal yang memberi manfaat kepada golongan yang memerlukan.

Selain aktiviti riadah, kita dapat melihat beberapa kumpulan tertentu termasuk sukarelawan mengadakan program amal di kampung-kampung yang terletak jauh di pedalaman. Untuk lebih mudah meneroka jauh ke dalam hutan, kenderaan pacuan empat roda (4x4) digunakan, selain ia diadakan dengan kerjasama beberapa kumpulan lain.

Justeru, Misi Jalur Gemilang KL-Kuala Sat, Ulu Tembeling 2014 anjuran KDAU Adventure ini mendapat kerjasama Kelab Mitsubishi Pajero Malaysia,CAKNA Negeri Pahang, Putera dan Puteri UMNO Kuala Krau serta Malaysian Relief Agency (MRA).

Misi tahun ini adalah untuk menghantar bantuan kepada penduduk di Kampung Orang Asli di Ulu Sat dan Ulu Tembeling. Diketuai oleh Mohd Fadzli Yusof, 46, katanya, program tersebut turut disertai sukarelawan dari pelbagai negeri dengan melibatkan 27 buah jentera pacuan 4x4.

Menurutnya, seramai 100 orang peserta terlibat menjayakan misi tersebut dan perjalanan konvoi bermula pada 30 Ogos lalu, pukul 10 pagi di Masjid Tengku Mahkota Abdullah, Jerantut.

"Perasmian program ini telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Jerantut, Ahmad Nazlan Idris. Dalam misi kali ini, kami membawa barangan sumbangan untuk disalurkan kepada penduduk di kawasan Ulu Sat dan penduduk Orang Asli di Kampung Kucing, Ulu Tembeling.

"Barangan sumbangan terdiri daripada wang tunai dan juga keperluan asas seperti beras,gula, Milo, pakaian dan pelbagai makanan lain. Sumbangan kali ini ditaja oleh Camce Up Winch, Ahli Kelab MP7, One Comunication,Bob Catering dan peserta," katanya kepada S2.

Menurutnya, kerja amal yang diadakan selama tiga hari dua malam itu bermula pada 30 Ogos dan berakhir pada 1 September lalu. Program itu katanya, telah memberi peluang kepada peserta untuk mengadakan aktiviti bersama penduduk di Kampung Ulu Sat seperti sukaneka.

AHMAD Nazlan Idris (kanan) menyempurnakan majlis perasmian konvoi amal ke Ulu Tembeling baru-baru ini.

Beliau menambah, pada 31 Ogos, para peserta yang berkhemah d tepi Sungai Ulu Sat mengagihkan sumbangan ke Kampung Kucing iaitu perkampungan Orang Asli kaum Mahberi dan kaum Batau.

"Untuk sampai ke kampung itu, kami menaiki bot bagi membawa sumbangan dengan menyeberang Sungai Ulu Tembeling," ujarnya.

Mohd Fadzli juga berkata, para peserta saling bekerjasama dalam menjayakan aktiviti gotong-royong menyediakan makanan untuk menjamu penduduk Kampung Ulu Sat. Selain itu, program itu juga menyedarkan masyarakat agar dapat bekerjasama membantu mereka yang memerlukan di kawasan pedalaman.

Katanya, selain menyerahkan sumbangan, program tersebut turut mengeratkan persaudaraan sesama peserta yang tidak jemu membantu penduduk di kawasan pedalaman.

Dalam pada itu, beliau berharap program Jalur Gemilang ini dapat diteruskan untuk tahun akan datang dan semoga bertambah ramai pihak yang menghulurkan derma dan sumbangan untuk diagih-agihkan kepada penduduk di kawasan pedalaman yang memerlukan.

"Saya harap pihak kami dapat menerima bantuan ubat-ubatan untuk penduduk Orang Asli di Kampung Kucing kerana tinjauan kami mendapati kebanyakan mereka mengalami sakit kulit yang teruk seperti kudis dan kurap," tambahnya.

Mereka yang mahu memberikan sumbangan bolehlah berhubung terus dengan MRA di talian 03-91744672 atau emel di alamat [email protected] atau layari laman sesawang www.mra.my.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.