saya nak baca ..

REKREASI


ARKIB : 04/10/2014

Floorball makin berkembang

PEMAIN-PEMAIN floorball di bawah Persatuan Floorball Kuala Lumpur (KLFA).

Jika dilihat secara kasar, ia saling tidak tumpah seperti sukan hoki padang atau hoki ais. Apa yang membezakannya ialah kayu pemukul dan bola yang digunakan. Inilah sukan floorball atau hoki lantai yang kian mendapat tempat dalam kalangan peminat sukan tempatan dan antarabangsa.

Kayu yang digunakan diperbuat daripada plastik pada bahagaian bilah pemukul manakala bahagian pemegangnya pula diperbuat daripada fiber. Bolanya pula dihasilkan dengan menggunakan teknologi aerodinamik bagi mengurangkan geseran dengan udara agar dapat dipukul dengan laju.

Sukan ini boleh dianggap masih baharu di negara ini, tetapi beberapa negara telah memperkembangkan sukan ini secara meluas seperti Denmark, Finland, Kanada, Jerman, Republik Czech dan banyak lagi.

Secara ringkas, sukan floorball pada asalnya dimainkan oleh pemain hoki ais Sweden pada tahun 1970 ketika mereka sedang berehat daripada kejohanan tersebut. Pasukan ais hoki mencipta permainan ini bagi memastikan tahap kecergasan mereka dapat dikekalkan selain menjadi satu bentuk latihan persediaan bagi menghadapi kejohanan pada musim seterusnya.

Selepas beberapa dekad ia semakin diterima masyarakat, kemudian peraturan-peraturan khas dicipta dan beberapa buah kelab mula dibentuk oleh mereka yang terawal bermain permainan ini. Tidak berapa lama selepas itu beberapa buah negara mula mewujudkan pertubuhan kebangsaan khas untuk sukan baharu ini.

Sehingga tahun 2008, Persekutuan Floorball Antarabangsa (IFF) dan sukan floorball telah diiktiraf oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC). Walau bagaimanapun di Malaysia, sukan ini masih belum mendapat taraf pengiktirafan sukan berdaftar di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Pun begitu, buat masa ini terdapat empat persatuan floorball berdaftar yang aktif di Malaysia iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Sabah.

Dikategorikan sebagai sukan hoki, floorball merupakan sukan indoor yang dimainkan di atas lantai kayu atau getah atau boleh juga dimainkan di gelanggang bola keranjang. Ia tidaklah semasyhur sukan hoki padang atau hoki ais, tapi kini ia semakin luas dipertandingkan di serata dunia.- FATIEHAH/ WAHIDAH ZAINAL

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.