saya nak baca ..

REKREASI


ARKIB : 29/09/2014

Kereta klasik Volkswagen masih diminati

ANGGOTA-anggota Kelab Volkswagen AirCooled Kuching yang terlibat dalam perarakan sambutan hari jadi ke-78 Yang Dipertua Negeri Sarawak, baru-baru ini.

KUCHING 28 Sept. - Walaupun industri automotif sentiasa rancak menampilkan kenderaan model baharu yang canggih, namun masih ramai pemandu di negara ini berminat untuk memiliki kereta klasik sebagai koleksi.

Hal ini terbukti apabila banyak kelab kereta klasik ditubuhkan di seluruh negara, sekali gus menunjukkan bahawa kereta klasik masih mempunyai masa depan yang cerah untuk pasaran.

Antara model kereta yang semakin mendapat sambutan ialah Volkswagen atau dikenali juga dengan gelaran 'kereta kumbang' yang mula berada di Malaysia pada sekitar 1950-an.

Sehingga kini, bilangan kereta yang berasal dari Wolfsburg, Jerman ini dianggarkan kira-kira 5,000 unit dan masih gagah meluncur di atas jalan raya dengan keunikannya.

Bandar raya Kuching tidak terkecuali mempunyai peminat Volkswagen termasuk sekumpulan pemilik kenderaan itu yang menganggotai Kelab Volkswagen Aircoolled Kuching (VAK) yang memiliki koleksi 40 kereta klasik Volkswagen model Beetle yang berusia 1962 ke atas dan Kombi (1972 ke atas)

Presidennya, Abdul Rahman Zainuddin berkata, VAK ditubuhkan pada 2009 dengan menghimpunkan kira-kira 35 ahli dan telah berdaftar di bawah Pesuruhjaya Sukan Permotoran pada Julai 2013 dan aktif menjalankan aktiviti menggunakan kenderaan unik tersebut.

"Kita sering dijemput untuk memeriahkan sambutan perayaan seperti Hari Kemerdekaan, Hari Bandar Raya dan banyak lagi acara lain.

SEBAHAGIAN koleksi kereta klasik Volkswagen model Beetle daripada Kelab VAK.

"VAK juga terlibat dalam aktiviti kebajikan melibatkan golongan orang kurang upaya (OKU), anak yatim dan mereka yang kurang bernasib baik," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, setiap kali kelibat kereta Volkswagen ini muncul, pasti orang ramai akan terpegun melihat kereta klasik tersebut.

Beliau berkata, ada antara kereta terbabit sudah berusia puluhan tahun namun ia masih dalam keadaan baik kerana sentiasa dijaga dengan elok.

Katanya, walaupun terpaksa mengeluarkan perbelanjaan besar untuk mengekalkan keadaan kereta klasik ini, namun melihat reka bentuknya yang cantik dan unik sudah cukup memuaskan hati pemiliknya.

"Memang rasa teruja dan bangga apabila kereta yang dipandu menarik perhatian orang ramai apabila dibawa ke mana-mana.

"Walaupun bukan kereta moden yang mewah tetapi perhatian diberikan oleh orang ramai menunjukkan betapa kereta klasik ini cukup istimewa dan wajar dibenarkan terus berada di atas jalan raya," ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, VAK sedang merancang untuk mengadakan konvoi dari selatan negeri ini bermula di pekan Semantan dekat sini menuju ke bahagian paling utara Sabah iaitu pekan Kudat pada 29 hingga 30 November.

Beliau berkata, kembara ini akan melibatkan anggota VAK dalam rangka sambutan Borneo Bugs Fest 2014. Program ini turut menerima penyertaan daripada rakan di Semenanjung.

ABDUL Rahman Zainuddin bersama koleksi kereta klasik Volkswagen model Beetle daripada Kelab VAK.

Katanya, tujuan mengadakan konvoi tersebut adalah untuk menarik minat orang ramai terhadap kereta klasik dan mempromosikan kepada mereka tentang kewujudan kereta lama khususnya Volkswagen dan paling penting menunjukkan bahawa kenderaan lama sebenarnya masih selamat dan berupaya untuk digunakan bagi perjalanan jauh.

Sebelum ini, Vak pernah terlibat dalam program konvoi ke Pontianak dan Sambas di Kalimantan Barat, Indonesia dalam kembara dinamakan From tip to tip of Borneo yang mencatatkan sejarah kerana merupakan kali pertama melibatkan kereta klasik seperti Volkswagen.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.