saya nak baca ..

REKREASI


ARKIB : 27/09/2014

Ziarah amal sambil uji fizikal, mental

PENULIS (duduk, kanan) bersama peserta bergambar kenangan sebelum tamat program.

LASAK dan mencabar, namun ia adalah pengalaman yang amat mengujakan setelah misi tercapai.

Situasi inilah yang dirasai sendiri peserta konvoi 4x4, Real Adventure Team yang menyertai program Ziarah Amal dan Gotong Royong ke Kampung Orang Asli (KOA) Pos Lemoi, Ringlet, Pahang, baru-baru ini.

Program kali kedua anjuran kumpulan itu dengan kerjasama Persatuan Kebajikan An-Najah Selangor serta penduduk KOA Pos Lemoi itu ternyata menguji ketahanan fizikal dan mental serta semangat berpasukan yang tinggi.

Pengalaman meredah jalan hutan berlumpur, bukit bukau serta hutan belantara di Banjaran Titiwangsa sambil menikmati suasana hening selama dua jam itu, pastinya mencetuskan pelbagai perasaan mendebarkan pada setiap peserta konvoi tersebut.

Perasaan syukur apabila peserta konvoi tidak terserempak dengan pelbagai haiwan liar meskipun itulah yang mampu memberikan pengalaman berharga seumur hidup.

Kembara tiga hari dua malam itu telah disertai kira-kira 30 peserta yang berkonvoi menggunakan sembilan kenderaan 4x4 milik persendirian.

Objektif program adalah meneruskan ukhuwah antara pasukan 4x4 Real Adventure Team dan Persatuan Kebajikan An-Najah Selangor bersama komuniti Orang Asli Pos Lemoi yang semakin terbuka untuk menerima Islam.

Antara pengisian program ialah memasak hidangan sarapan dan tengah hari untuk masyarakat Orang Asli, menyampaikan barangan bantuan amal, bergotong royong membersihkan surau, cabutan bertuah, mandi manda menikmati kedinginan air sungai Lemoi bersama anak-anak Orang Asli serta solat berjemaah.

-DHIYA’ZULHILMI DAUD/ RUSHDI SALLEH.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:23
Maghrib 6:58
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.