saya nak baca ..

REKREASI


ARKIB : 20/09/2014

KLM 2014 redah 1,000 kilometer

KONVOI bermotosikal bukan sahaja untuk berseronok tetapi juga melibatkan aktiviti amal di destinasi yang disinggahi para peserta konvoi.

Asyik menikmati pemandangan menghijau di kanan dan kiri lebuh raya, sudah pasti ramai antara kita yang terkejut dengan pintasan kumpulan konvoi motosikal berkuasa tinggi. Dengan pakaian yang lengkap, masing-masing tampak segak ketika menunggang.

Sejak kebelakangan ini, banyak kejadian buruk melibatkan penunggang motosikal berkuasa tinggi tetapi ia tidak menghalang Persatuan Jurufoto Media Malaysia (MPPA) menganjurkan konvoi amal untuk menjadi cerminan kepada masyarakat.

Seramai 30 orang peserta baru-baru ini di bawah kelolaan MPPA menyertai program Kembara Lensa Murni 2014 (KLM 2014) yang mempunyai tujuan sangat murni iaitu berkongsi ilmu fotografi bersama-sama remaja yang menghuni rumah anak-anak yatim Darul Aitam Walmasakin Tunku Abdul Rahman (Datar), Alor Setar, Kedah.

Acara sedemikian dilihat dapat menyemarakkan lagi semangat generasi muda yang kurang bernasib baik seperti mereka untuk terus berusaha melanjutkan pelajaran terutamanya dalam bidang fotografi pada masa akan datang.

.com juga tidak melepaskan peluang untuk sama-sama menyahut seruan MPPA untuk menyertai mereka melakukan kerja-kerja amal jauh nun di utara tanah air. Penat meredah perjalanan yang mencecah hampir 1,000 kilometer itu bagaikan tidak terasa apabila melihat senyuman yang terukir pada wajah penghuni rumah anak-anak yatim Datar.

- AZRIN/NASIRUDDINYAZID

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.