saya nak baca ..

REKREASI


ARKIB : 06/09/2014

Tambah pendapatan di hujung minggu

ORANG ramai boleh mendapatkan pelbagai barangan di Car Boot Sale, di perkarangan UTC Kuantan.

SETIAP petang Jumaat, tempat letak kenderaan Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Kuantan akan dipenuhi dengan deretan kereta yang sudah bersiap sedia membuka ruang penyimpanan barang atau but untuk menjalankan perniagaan.

Di negara Barat, perniagaan yang dinamakan sebagai car boot sale ini diadakan di kawasan lapang pada hujung minggu dan sudah menjadi lumrah di sana, tetapi di Malaysia terutamanya di Pahang perkara ini masih lagi baharu.

Namun percubaan Kelab Anak Muda Indera Mahkota (Kami) yang menganjurkan Kuantan Car Boot Sale berjaya mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat setempat.

Jualan menggunakan but kereta setiap hari Jumaat dan Ahad bermula pukul 6 petang hingga 1 pagi itu berjaya menarik minat anak muda dari sekitar daerah ini untuk menghabiskan cuti hujung minggu dengan berniaga.

Tinjauan wartawan S2 ke lokasi mendapati sambutan orang ramai cukup memberangsangkan dengan pelbagai jenis produk yang murah dan berkualiti menanti pelanggan.

Antara barangan yang dijual adalah pakaian, kraf tangan, aksesori wanita, barangan terpakai, hiasan, peralatan dapur dan sebagainya.

Kelainan ini pastinya akan memberikan satu bentuk pengalaman membeli-belah yang baharu kepada penduduk di negeri ini, sekali gus dapat menarik perhatian orang luar untuk turut bertandang ke negeri ini.

Bagi seorang peniaga, Noraniza Kamsani, 27, konsep itu semakin popular dalam kalangan orang muda yang ingin mula berniaga.

Katanya, dia yang memilih untuk berniaga selendang dan tudung bersama suaminya mengakui perniagaan berbentuk baharu ini mendapat sambutan hebat daripada pengunjung.

"Konsep ini bagus kerana dengan modal kecil, kita sudah boleh memulakan perniagaan. Saya juga boleh menambah pendapatan secara santai.

"Lagipun saya tiada kerja pada hujung minggu, jadi apa salahnya berniaga untuk menambah pendapatan keluarga," katanya.

Bagi Norehan Salleh, 28, menerusi kadar bayaran sewa berpatutan, dia boleh mengisi masa terluang waktu malam dengan berniaga pakaian sejak tiga minggu lalu.

"Memang seronok apabila pelbagai baju kurung dan jubah yang dijual diminati pembeli terutama mereka yang sudah berumur.

"Dengan kadar sewa yang berpatutan, kami boleh menjual barang tidak lebih daripada RM40. Ini mudah menarik perhatian pembeli," katanya.

Beliau mengakui tidak menyangka jualan amat menggalakkan meskipun hebahan mengenai program ini masih belum meluas.

Sementara itu, Presiden Kami, Muhammad Faiz Hashim berkata, car boot sale adalah idea bagi membantu golongan peniaga muda yang tidak mampu membayar sewa tinggi di bandar ini selain kesukaran mendapatkan premis yang strategik.

Katanya, program fasa pertama itu bertujuan meningkatkan ekonomi anak muda dan fasa kedua bakal dilaksanakan jika mendapat sambutan.

"Penyertaan amat membanggakan dengan 130 kereta setiap kali beroperasi. Konsep ini menjadi fenomena baharu kepada warga Kuantan. Kadar sewa tapak RM30 semalam kini mendapat penerimaan di luar jangkaan," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:02
Asar 4:25
Maghrib 6:59
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.