saya nak baca ..

REKREASI


ARKIB : 23/08/2014

Skuter gegar litar

PELUMBA berperanan penting dalam mengawal jentera jenis skuter.

Generasi muda dilihat lebih bijak dalam menguruskan masa mereka terhadap sukan yang mereka ceburi terutamanya dalam sukan permotoran kerana aktiviti mereka sering disalah anggap berlumba secara haram.

Mereka kini tidak lagi menjadikan jalan raya sebagai litar perlumbaan kerana kemudahan yang disediakan pihak kerajaan dan swasta menjadi medan buat mereka mengasah bakat serta menajamkan kemahiran mengendalikan jentera itu.

Aktiviti berlumba di litar adalah lebih selamat dan mampu membentuk teknik perlumbaan yang menarik serta lebih baik bagi mengisi banyak kekosongan pelumba-pelumba negara di pelbagai kejohanan.

Baru-baru ini, Kelab Permotoran Stuntroopers Motorsport dan Skuter Garage menganjurkan aktiviti perlumbaan motosikal kategori skuter yang disertai rakan-rakan terdekat.

Ramai yang tidak tahu sukan permotoran yang melibatkan skuter kerana merasakan motosikal jenis itu tidak sesuai untuk dijadikan kenderaan berlumba.

Namun tanpa disedari, sukan perlumbaan jenis itu sudah lama dipertandingkan sejak 10 tahun lalu dan ia diminati dalam kalangan peminatnya sehingga hari ini.

Salah seorang penggiat dalam sukan permotoran ini, Mohamad Shah Baitul, 29, berkata, sukan jenis ini memberi satu kepuasan yang berbeza berbanding perlumbaan motosikal lain kerana sistem enjin yang jauh berbeza.

"Tambahan pula kedudukan motosikal yang agak rendah dan tayar bersaiz kecil akan memberi cabaran kepada setiap pelumba yang ingin menyertai perlumbaan kategori skuter ini.

"Hubungan di antara pelumba dan mekanik perlu saling mempunyai kepercayaan dan keserasian yang jitu untuk mengetahui kekuatan jentera dan kebolehan penunggang yang bakal berlumba," jelasnya.

Bagi Ketua Mekanik Stuntroopers Motorsport, Akashah Shukor,28, pula, peranan mekanik amat penting bukan sahaja dalam menyediakan jentera yang kompetatif dalam perlumbaan, bahkan jua praktikal untuk berlumba.

"Motosikal jenis skuter agak rendah, jadi banyak perkara perlu diubahsuai agar ia tidak menjejaskan pergerakan motosikal tersebut seperti menaikkan bahagian ekzos, suspensi depan serta belakang dan sebagainya.

"Paling penting adalah tayar. Pemilihan tayar untuk berlumba tidak sama dengan tayar yang digunakan di atas jalan. Jadi, setiap aspek motosikal perlu diambil kira bagi mendapatkan satu jentera yang baik," jelasnya.

Bagi mereka yang ingin menceburi sukan ini, aspek paling penting adalah keselamatan. Bukan sahaja dalam penyediaan motosikal bahkan suit perlumbaan, sarung tangan, topi keledar dan juga kasut lumba menjadi perkara mustahak.

Dengan adanya aktiviti seperti ini, ia mampu mengembalikan nostalgia perlumbaan skuter, sekali gus menjadikan sukan permotoran ini meriah dengan pelbagai kategori dipertandingkan.

Dalam pada itu, lebih ramai bakat-bakat baru yang akan diketengahkan bagi mengisi tempat pelumba-pelumba negara dalam pentas perlumbaan dunia permotoran. - AMIRUL

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:02
Asar 4:25
Maghrib 6:59
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.