saya nak baca ..

REKREASI


ARKIB : 16/08/2014

Main kasut roda di tengah malam

Sebahagian pengunjung bermain kasut roda di Dataran Medan Stesen, Ipoh.

JAM melewati pukul 11 malam. Waktu yang dirasakan terlalu lewat untuk melakukan aktiviti riadah pada ketika kebanyakan warga bandar raya Ipoh memilih untuk bersantai di rumah bersama keluarga.

Namun, persepsi itu jauh berbeza dengan panorama yang boleh disaksikan di Dataran Medan Stesen, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, Ipoh, Perak.

Lokasi yang terletak di antara bangunan Stesen Keretapi dan Dewan Bandaraya Ipoh itu menyaksikan kehadiran pengunjung pelbagai peringkat umur riang ria meluncur menggunakan kasut roda menyelusuri kawasan tersebut.

Pelbagai telatah mencuit hati boleh dilihat apabila ada pengunjung terkial-kial memakai kasut roda tersebut sehingga ada antara mereka yang jatuh tersembam atau hanya berdiri kaku.

Gelak tawa pengunjung yang mentertawakan satu sama lain bukan sahaja cukup menggamatkan suasana, malah ada antara mereka yang melakukan provokasi dengan mencabar rakan yang ‘gayat’ untuk turut serta.

Menariknya, pengunjung yang datang tidak perlu membawa kasut roda sendiri kerana perkhidmatan menyewa kasut berkenaan disediakan pada harga berpatutan.

Azwan Zainal, 26, yang merupakan antara peniaga yang menyediakan perkhidmatan menyewa kasut roda di situ berkata, kemudahan tersebut boleh disewa pada harga RM10 bagi tempoh sejam.

Dia yang baru memulakan operasi sejak tiga bulan lalu memberitahu, sambutan yang diterima amat menggalakkan di mana setiap hari sebanyak 150 pasang kasut disewa kepada pengunjung.

"Di Ipoh, tidak banyak tempat riadah untuk keluarga. Jika ada pun, semuanya berbayar dan ini akan membebankan keluarga yang mempunyai ramai anak.

"Oleh itu, berkunjung ke lokasi ini paling sesuai kerana di samping menyaksikan panorama indah waktu malam, mereka boleh melakukan aktiviti sihat bersama keluarga," katanya ketika ditemui S2 baru-baru ini.

Seorang pengunjung, Zulhafiz Ariff Fazilah, 30, berkata, waktu malam merupakan masa terbaik untuknya bersantai bersama rakan dan keluarga bagi melakukan aktiviti riadah yang menyihatkan badan.

Katanya, dia memilih aktiviti tersebut kerana permainan itu lebih menyeronokkan berbanding dengan bermain futsal atau badminton bersama rakan lelaki dalam kawasan tertutup.

"Jika bermain futsal, susah kita mahu bawa keluarga bersama kerana mereka tidak boleh turut serta dan hanya melihat dari jauh.

"Oleh itu, bermain kasut roda adalah alternatif paling sesuai. Selain dapat mengeluarkan peluh, aktiviti ini juga mengeratkan hubungan antara keluarga dan rakan-rakan," katanya.

Berkongsi pendapat sama, Noor Elina Edayu Hassan Suhaimi, 30, berkata, aktiviti tersebut sangat menarik kerana selain menyihatkan badan, pengunjung juga dapat menghirup udara segar pada waktu malam.

"Saya memang tak pandai bermain kasut roda tetapi teringin mencuba selepas diajak adik ipar. Pada mulanya, agak sukar untuk seimbangkan badan, namun apabila sudah biasa, terasa seronok pula," ujarnya.

Bagi Nurul Alia Amirah Ariff Fazilah, 20, kunjungannya ke Dataran Medan Stesen itu amat berbaloi selepas menyaksikan sendiri kemeriahannya yang sebelum ini hanya diketahui daripada abangnya.

"Saya seronok datang ke sini kerana lokasi ini memang sesuai untuk beriadah. Lagipun, daripada terlibat dengan aktiviti yang tidak berfaedah, lebih baik kami meluangkan masa di sini," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.