saya nak baca ..

REKREASI


ARKIB : 09/08/2014

Beramal dengan basikal Beramal

RAIZAN Zainal (dua dari kiri), bersama peserta yang menyertai kayuhan amal Berbasikal RM 10 untuk Gaza di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Bagi sesetengah orang, bulan puasa dijadikan alasan untuk tidak melakukan riadah atau bersukan kerana keletihan berpuasa pada siang hari.

Namun berbeza bagi sekumpulan penunggang basikal di ibu negara yang tetap berkayuh pada bulan puasa. Mereka tidak menjadikan Ramadan sebagai alasan untuk berhenti berkayuh, sebaliknya dalam masa yang sama, mereka aktif menjalankan aktiviti amal untuk golongan yang memerlukan.

Berikutan penderitaan yang dialami rakyat Palestin kerana dihujani peluru berpandu rejim Zionis membuatkan dua kumpulan berbasikal Superfxd dan Trailblazerz menganjurkan aktiviti berbasikal untuk mengumpul dana bagi meringankan kesusahan penduduk Gaza.

Aktiviti berbasikal yang dinamakan Berbasikal RM10 untuk Gaza itu diadakan bertujuan mengumpul penunggang-penunggang basikal di ibu kota menyertai kayuhan amal bagi mengumpul dana bagi matlamat tersebut.

Jurucakap Superfxd, Raizan Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Neves Pretty Ugly berkata, mereka sememangnya ingin menganjurkan aktiviti amal pada bulan Ramadan, di samping dapat berbasikal pada waktu malam.

"Kami mengambil keputusan untuk melakukan kayuhan amal berikutan serangan ganas rejim Zionis terhadap penduduk awam Gaza yang dilakukan pada bulan puasa.

"Program Berbasikal RM10 untuk Gaza menjadi medan bagi kami beramal dalam mengumpul dana, di samping dapat menjalankan aktiviti sihat pada bulan puasa," jelasnya.

Pada peringkat awal, pihaknya mensasarkan penyertaan seramai 50 sehingga 60 orang, namun 'penangan' yang diterima melalui iklan di laman sosial telah berjaya mengumpul sebanyak 250 penunggang yang berminat menyertai aktiviti tersebut.

Lebih menggembirakan, kayuhan ini bukan sahaja disertai penunggang beragama Islam, bahkan juga daripada bangsa dan agama lain yang turut sama bersimpati dengan nasib penduduk awam Gaza yang telah lama ditindas oleh rejim Zionis.

"RM10 pada nama aktiviti ini adalah signifikan bagi setiap penunggang yang ingin menyertai aktiviti ini. Ini bermaksud, mereka perlu menderma sebanyak RM10 untuk disalurkan ke tabung Gaza.

"Tetapi jumlah yang diterima adalah lebih daripada itu apabila kami berjaya mengumpul sebanyak RM3,000 daripada semua penunggang yang mengambil bahagian sebelum diserahkan kepada Aman Palestin baru-baru ini," jelasnya.

Acara dimulakan di Taman Melawati dengan menyusuri laluan sejauh 35 kilometer sekitar ibu kota dan berhenti di Dataran Merdeka untuk berehat serta bergambar beramai-ramai.

Raizan juga berkata, sehari sebelum aktiviti tersebut, satu program berbasikal amal turut diadakan bagi memberi makanan dan keperluan asas kepada gelandangan yang terdapat di sekitar ibu kota.

Menurutnya, program tersebut telah dirancang sebulan lebih awal daripada penganjuran Program Berbasikal RM10 untuk Gaza dan pihaknya berjaya mengumpul sejumlah wang untuk membeli barangan keperluan asas seperti sabun mandi, berus gigi, ubat nyamuk dan makanan untuk 100 gelandangan.

"Alhamdulillah, program itu juga mendapat sambutan yang melepasi sasaran apabila berjaya menghimpunkan seramai 60 orang penunggang dari Kelab Berbasikal Lesgone.

"Acara yang bermula pada pukul 10.30 malam itu berjaya membahagikan bungkusan keperluan asas dan makanan di sekitar Kuala Lumpur sebelum program berakhir pada pukul 12.30 malam," jelasnya. - AMIRUL/NEVES

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:10
Asar 4:13
Maghrib 7:12
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.