saya nak baca ..

REKREASI


ARKIB : 02/08/2014

Nikmati keindahan Royal Belum

Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa Kompleks Hutan Hujan Simpan Royal Belum-Temengor yang terletak di Gerik, Perak ini berusia lebih 130 juta tahun dan merupakan salah satu hutan tertua di dunia.

Saiznya juga adalah empat kali ganda keluasan Singapura dan menjadi warisan alam semula jadi negara yang masih terpelihara dengan baik dan tidak tercemar membuatkan hutan ini antara tarikan alam semula jadi.

Bagi mewujudkan kesedaran yang berterusan kepada masyarakat mengenai isu pemeliharaan spesies flora dan fauna, Kerajaan Negeri Perak melalui Tourism Perak dan Yayasan Pulau Banding melancarkan acara Festival Antarabangsa Royal Belum 2014.

Merupakan acara tahunan, penganjurannya mendapat kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Perbadanan Taman Negeri Perak, Yayasan Emkay dan Persatuan Pelancongan Negeri Perak.

Ia secara langsung menjadikan Royal Belum sebagai hub pelancongan antarabangsa selain mempunyai penyelesaian bagi masalah cuaca dan ekologi di seluruh dunia.

Pelbagai acara diadakan sempena festival kali ini, antaranya Jelajah Selebriti dan Duta Royal Belum yang berlangsung baru-baru ini. Program itu turut membawa sekumpulan media dan selebriti mendekati dan mengalami sendiri keindahan Hutan Belum, Pulau Banding dan Tasik Temengor selama tiga hari dua malam.

Pelbagai aktiviti dijalankan oleh peserta termasuklah dilatih oleh pegawai Perhilitan dengan diberi penerangan dan pendekatan tentang kepentingan hutan sebagai sumber dalam menangani masalah keseimbangan ekologi.

Antara barisan selebriti yang menjayakan program ini ialah Haliza Misbun, Adi Putra, Chef Zam, Ayu OIAM, Amaris,Thanuja Anathan dan Anuja Anathan yang meluangkan masa untuk mendampingi alam semula jadi.

Di samping sesi perkongsian maklumat, para media dan selebriti ini juga diberikan tugasan untuk menyampaikan segala maklumat kepada masyarakat umum melalui pendekatan media dan perhubungan awam.

Kehadiran ahli sains cilik juga dapat memberi impak kesedaran awal kepada generasi Z kepada alam semula jadi dengan kehidupan tanpa skrin yang kini sering dilakukan oleh kanak-kanak dengan adanya kemudahan teknologi. - AMIRUL

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:23
Maghrib 6:58
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.