saya nak baca ..

REKREASI


ARKIB : 26/07/2014

MotoRcross damba ketangkasan penunggang

Sukan permotoran sememangnya menjadi kegilaan remaja yang sukakan gabungan teknologi kejuruteraan dan juga sukan lasak yang mencabar adrenalin setiap yang menceburinya.

Motorcross adalah salah satu daripadanya. Apatah lagi keadaan cuaca dan bentuk muka bumi yang amat sesuai membuatkan ramai yang berkecimpung dalam sukan seperti ini.

Tidak seperti sukan lasak lain, motorcross amat popular dalam kalangan mereka yang duduk di daerah kecil dan kampung-kampung terutamanya yang banyak ladang-ladang kelapa sawit.

Ini kerana di lokasi seperti itu pengendalian motorcross amat sesuai berbanding mereka yang tinggal di ibu kota seperti Kuala Lumpur kerana faktor seperti bukit, kawasan tanah ladang dan berbatu memberi kepuasan kepada penunggang.

Bagi sukan permotoran ini, pelbagai acara dapat diadakan seperti merentas desa, halangan dan juga perlumbaan litar yang sering diadakan sepanjang tahun di negara ini.

Motosikal ini juga boleh dibahagikan kepada beberapa kategori seperti cubcross iaitu menggunakan motosikal biasa yang diubah suai bagi digunakan untuk aktiviti motosikal lasak dan jentera motorcross itu sendiri.

Bagi yang tidak biasa dengan motosikal ini, kedudukan tempat duduknya yang tinggi serta pengendaliannya yang agak mencabar membuatkan sesiapa sahaja pasti teruji ketika menunggang motosikal tersebut.

Tunggangan motosikal jenis ini berbeza dengan tunggangan motosikal biasa kerana daya pecutannya lebih kuat berbanding dengan motosikal biasa.

Sempena Hari Belia Putrajaya baru-baru ini, perlumbaan motorcross turut diadakan bagi memberikan pendedahan dan mencungkil bakat baru dalam dunia perlumbaan ini.

PENUNGGANG motosikal motorcross perlu mempunyai skil dan gaya tunggangan yang tinggi bagi mengawal jentera dengan baik.

Sememangnya, perlumbaan ini tidak kurang hebatnya kerana ramai yang hadir tidak melepaskan peluang untuk menonton perlumbaan yang semakin mendapat tempat dalam kalangan generasi muda.

Ketangkasan pelumba dan kendalian motosikal di udara membuatkan penonton semakin teruja kerana skil tersebut memerlukan seorang pelumba yang mahir mengendalikan motosikalnya dengan baik.

Bagi mereka yang ingin menceburi sukan ini, boleh mendapatkan tunjuk ajar daripada pasukan motosikal lasak yang terdapat di seluruh negara.

Kerajaan juga menyediakan trek yang boleh digunakan untuk tujuan belajar dan latihan di samping trek-trek lain yang dibina khas untuk sukan ini. - AMIRUL/ HAFIZ JOHARI

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.