saya nak baca ..

REKREASI


ARKIB : 07/07/2014

Harmoninya alam dan manusia

Salah seorang kakitangan Jabatan Perhilitan (kiri sekali) memberi penerangan sebelum aktiviti merentas hutan dilaksanakan.

Peranan alam sekitar terhadap kehidupan manusia amat besar. Hutan terutamanya menawarkan pelbagai sumber kepada manusia.

Hutan merupakan kawasan tadahan air semula jadi, kawasan perlindungan hidupan liar dan sebagai bank genetik produk berasaskan hutan, namun kepentingannya sering diabaikan manusia.

Menyedari kepentingan memulihara hutan, kerajaan menerusi Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) telah melaksanakan projek Central Forest Spine (CFS) iaitu Pelan Induk Koridor Ekologi dan Perlaksanaannya di Semenanjung Malaysia.

Menurut Penolong Pengarah dan Ketua Seksyen Central Forest Spine, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Mohd. Shukri Aziz, Pelan Induk Koridor Ekologi CFS telah disediakan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) pada tahun 2010.

“CFS merupakan pelan jangka panjang dalam memelihara, memulihara dan meningkatkan perhubungan antara kelompok-kelompok hutan kecil dan kompleks-kompleks hutan utama di Semenanjung Malaysia.

“Kompleks Hutan Belum-Temenggor antara kawasan yang terpilih untuk perlaksanaan CFS," katanya ketika memberi taklimat berkenaan projek tersebut pada program Kembara Bersama Media (KBM), NRE, di Hutan Simpan Royal Belum, Temenggor, Perak baru-baru ini.

Berusia hampir 130 juta tahun, kompleks tersebut merangkumi Taman Negeri Royal Belum (117,500 hektar), Hutan Simpan Grik (34,995 hektar) dan Hutan Simpan Temenggor (147,505 hektar).

Malah, di sana terdapat tasik buatan terbesar di Perak berkeluasan hampir 15,200 hektar dan dikenali sebagai Tasik Temenggor atau Tasik Banding serta Pulau Banding.

Pulau Banding yang memiliki keluasan 217 hektar yang menjadi perhentian utama sebelum memasuki Royal Belum wujud selepas kawasan berkenaan ditenggelami air untuk projek empangan Temenggor pada tahun 70-an.

Pembangunan sesuatu kawasan hutan itu amat perlu bagi negara terutamanya untuk kepentingan masyarakat setempat secara amnya.

Namun, perpecahan kawasan hutan telah menyumbang kepada peningkatan konflik antara manusia dan hidupan liar.

Ini kerana, laluan semulajadi hidupan liar dari satu kawasan hutan ke hutan yang lain telah dihalang dengan projek pembangunan, termasuk jalan raya dan projek pertanian.

Ekoran itu, hidupan liar seperti gajah terpaksa melintasi jalan raya dan kawasan pertanian untuk pergi ke kawasan hutan yang lain.

Pertembungan antara manusia dan haiwan kebiasaannya berakhir dengan tragedi yang membawa kepada kerugian harta benda malah nyawa.

Ujar Mohd. Shukri, pelan induk tersebut merupakan dokumen rujukan bagi agensi pelaksana dan juga sebagai rangka dalam mengurus kawasan CFS.

“Ini meliputi Rancangan Fizikal Negara (RFN) yang telah diluluskan oleh kerajaan bagi menentukan arah tuju kemajuan fizikal dan pemeliharaan kawasan hutan bagi seluruh Semenanjung Malaysia.

“RFN telah mengenal pasti pecahan kawasan hutan sebagai ancaman kepada pemeliharaan hutan dan perlindungan biodiversiti," katanya.

Salah satu dasar yang ditekankan dalam RFN adalah Dasar RFN19 yang menyatakan keperluan mewujudkan kawasan CFS bagi membentuk tulang belakang jaringan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS).

Ia menerusi penyambungan empat kompleks hutan utama di Semenanjung Malaysia iaitu Banjaran Titiwangsa, Banjaran Bintang dan Banjaran Nakawan.

Seterusnya Banjaran Timur yang meliputi Tanah Lembap Pahang Tenggara, Tasik Chini, Tasik Bera, Taman Negara Endau Rompin dan Rezab Hidupan Liar Kluang.

Menerusi dalam projek RFN, dianggarkan seluas 5.3 juta hektar atau 40 peratus keluasan Semenanjung Malaysia akan dijadikan sebagai kawasan CFS.

Daripada jumlah tersebut, 80 peratus merupakan kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK).

NRE melalui JPSM dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dengan kerjasama kerajaan negeri berkaitan sedang melaksanakan projek perintis CFS serta Pelan Tindakan Pemuliharaan Harimau Kebangsaan.

Projek-projek tersebut mula dilaksanakan di bawah Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) dan akan diteruskan di dalam RMK10.

Majlis Perhutanan Negara (MPN) ke-21 pada 18 September 2007 telah bersetuju dengan kepentingan mewujudkan CFS.

Malah MPN menyarankan agar pelaksanaan CFS dilakukan dengan menggunakan pendekatan pembangunan seimbang selaras dengan Prinsip Pembangunan Mampan.

Peranan alam terhadap kesinambungan kehidupan manusia amat jelas, bukan sahaja kepada masyarakat setempat di sekitarnya seperti orang asli malah turut dirasai oleh segenap lapisan masyarakat.

Di Taman Negeri Royal Belum dianggarkan terdapat 3,000 spesies flora, 64 spesies paku-pakis, 62 spesies tumbuhan berlumut dan 23 jenis ikan sungai.

Di Asia terdapat 31 spesies burung enggang daripada lapan generasi yang dikenalpasti dan daripada jumlah itu, 10 spesies daripada enam genera boleh ditemui di Malaysia.

Lebih istimewa ke semua 10 spesies burung enggang yang ditemui di Malaysia, boleh dilihat di kawasan Royal Belum atau Hutan Simpan Temenggor.

Hutan simpan itu juga merupakan kawasan perlindungan kepada 14 hidupan terancam seperti harimau belang, beruang matahari, badak sumatera, gajah dan tapir.

Selain itu, terdapat hampir 1,300 masyarakat Orang Asli suku kaum Jahai daripada 80 keluarga mendiami kawasan taman negeri yang terletak di daerah Hulu Perak tersebut.

Masyarakat Orang Asli merupakan antara golongan terawal meneroka hutan tersebut dan telah berinteraksi dan mendapat pelbagai manfaat daripadanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:10
Asar 4:13
Maghrib 7:12
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.