saya nak baca ..

REKREASI


ARKIB : 05/07/2014

Zahariz berbasikal keliling dunia

ZAHARIZ Khuzaimah di salah sebuah jalan raya di negara China.

TIDAK banyak penjelajah, peneroka dan pengembara berjiwa kental yang sanggup menjelajah dunia dalam satu tempoh waktu yang tidak dipastikan penghujungnya.

Jika ada pun sekelompok rakyat Malaysia yang sanggup berbuat demikian, tempoh masa yang ditetapkan sekadar beberapa minggu atau bulan sahaja.

Namun bagi Zahariz Khuzaimah, beliau tidak peduli berapa lama waktu diperlukan untuk menamatkan misi menjelajah seluruh dunia secara solo dengan berbasikal.

Anak muda berusia 34 tahun ini memulakan pengembaraan di Chengdu, China pada Mei 2010. Sehingga hari ini, pengembaraannya telah memakan masa lebih empat tahun dan kawasan serta negara yang telah disinggahinya adalah Gurun Taklamakan dan Pergunungan Tian Shan di China, Tibet, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Iceland, Scotland, Sweden dan Norway.

Dalam kertas kerja yang disediakannya untuk pihak penaja dan Kementerian Belia dan Sukan, beliau menulis tempoh yang diperlukan untuk menamatkan misi itu adalah kira-kira 12 tahun!

Begitu kental jiwanya yang sanggup berkelana di rantau orang sendirian, berjauhan dengan keluarga, masakan Melayu dan kehidupan selesa di rumah demi merealisasikan impiannya.

Antara lain impian Zahariz yang juga seorang jurugambar dan pembikin filem dan kini berada di Pamir, sempadan China dan Kyrgyzstan adalah untuk merasai sendiri kehidupan sebagai seorang nomad.

Nomad mengikut Kamus Dewan bermaksud kaum yang berpindah-pindah dari satu tempat ke satu tempat lain untuk mencari padang ternak, makanan dan sebagainya.

“Saya sanggup meninggalkan zon selesa di rumah dan rutin kehidupan harian untuk mengembara di seluruh dunia.

“Tujuan pengembaraan ini adalah untuk menimba pengalaman yang tidak ternilai harganya," katanya.

Menurutnya, dia mahu menjalani kehidupan di jalanan dengan menganggap jalan raya sebagai ‘rumah’nya, selain menjalani kehidupan nomad dalam dunia abad ke-21 mengikut kaca mata seorang nomad.

Mendirikan khemah di kawasan bersalji di salah satu lokasi di Sweden.

Menjadi seorang nomad membuatkan dirinya tidak mampu mengukur waktu mengikut minit, jam, hari dan minggu bagi menamatkan kayuhan.

“Saya mengukur masa mengikut tahap kesukaran ketika melalui bentuk muka bumi yang pelbagai, kelajuan angin serta perubahan cuaca.

“Jadi, saya tidak boleh menetapkan masa bilakah pengembaraan ini akan berakhir dan saya juga tidak tahu apa akan berlaku esok atau di mana lokasi saya akan berhenti untuk bermalam," ujarnya.

Pengembaraan itu katanya bukan sekadar berbasikal mengelilingi dunia, tetapi tentang bagaimana menjalani kehidupan jalanan dan belajar menerima sesuatu yang datang dalam pengembaraan itu, sama ada yang baik atau sebaliknya.

Berikutan itu, beliau menamakan projek ini sebagai Malaysian Nomad iaitu sebuah projek mengenai impian Zahariz untuk menakluk tujuh benua dunia yang mana pengalaman berharga itu diharap dapat dijadikan inspirasi kepada rakyat Malaysia.

“Saya berharap dapat menggapai impian dan inspirasi ini bukan sahaja untuk rakyat Malaysia malah kepada penduduk dunia terutama berkaitan keamanan dan kemanusiaan," katanya.

Bagi memenuhi tugasan itu, beliau memberitahu, sebahagian daripada projek Malaysian Nomad melibatkan kerja-kerja menerbitkan dokumentari perjalanannya, mengadakan pameran foto dan berkongsi pengalaman melalui program motivasi yang akan diadakan di sekolah serta organisasi korporat.

Dengan mempamerkan keindahan yang dicipta oleh Tuhan di planet Bumi ini dan berkongsi pengalaman sebagai pengembara berbasikal solo, Zahariz berharap dapat memberikan inspirasi ke arah memakmurkan negara dan alam semula jadi.

Dalam pada itu beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak penaja iaitu Fuel Athletics, Kedutaan Norway dan Kolej Poly-Tech Mara. - ROHANA MAN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.