saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 18/10/2014

Menteri Besar Selangor nafi tandatangan surat 'kawalan jauh'

KLANG 17 Okt. - Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali menafikan pernah menandatangani surat peletakan jawatannya yang tidak bertarikh sebagai 'jaminan' beliau akan menurut kehendak kepemimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam urusan pentadbiran kerajaan negeri.

Beliau berkata, surat yang didakwa penulis blog Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin dihantar oleh Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli kepada Penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi e-mel adalah tidak wujud.

"Surat itu tidak benar. Tidak wujud," katanya ketika ditemui pemberita selepas menunaikan solat Jumaat dan menghadiri jamuan makan bersama Jawatankuasa Masjid Kampung Raja Uda, di sini hari ini.

Pada 15 Oktober lalu, Raja Petra menerusi entri dalam blog Malaysia Today mendedahkan e-mel Rafizi kepada Anwar mengenai cadangan-cadangan yang perlu diambil oleh PKR untuk menangani isu jawatan Menteri Besar Selangor.

Salinan e-mel tersebut seperti mana disiarkan dalam blog berkenaan dikatakan turut dihantar kepada Ketua Ang­katan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad.

Dalam e-mel tersebut, Rafizi antara lain didakwa mencadangkan kepemimpinan PKR mengeluarkan satu surat letak jawatan tidak bertarikh supaya Mohamed Azmin selamanya diikat de­ngan parti dan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sekiranya dilantik sebagai Menteri Besar Selangor.

Selain itu, Rafizi menerusi e-mel berkenaan didakwa turut mencadangkan kepada Anwar supaya PKR menuntut Mohamed Azmin bersetuju dengan syarat-syarat tertentu dan menandatanganinya sebelum sokongan majoriti parti diberikan kepada Timbalan Presiden PKR itu.

E-mel itu juga menyebut bahawa jika Mohamed Azmin melanggar mana-mana persetujuan yang ditetapkan, parti mempunyai hak untuk menukar dan meletakkan tarikh pada surat letak jawatan yang telah ditandatangani Mohamed Azmin.

Dalam pada itu, Mohamed Azmin enggan mengulas dakwaan kononnya pelantikan Rafizi sebagai Setiausaha Agung PKR yang baharu adalah untuk mengawalnya dalam menjalankan tugas sebagai Menteri Besar.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.