saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 18/10/2014

Gerakan cadang jawatan Presiden 3 penggal

KLANG 17 Okt. - Dalam usaha memastikan Gerakan terus kekal sebagai sebuah kuasa politik berdaya maju, parti itu mencadangkan tempoh jawatan Presiden dan Pengerusi negeri dihadkan kepada tiga penggal.

Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong berkata, langkah itu penting bagi mentransformasikan parti agar bersedia menghadapi cabaran yang semakin hebat ketika ini dan pada masa akan datang.

Katanya, perkara itu sebenarnya telah dimaklumkan pada tahun lepas dan maklum balas ahli mendapati kebanyakannya bersetuju dengan tempoh tiga penggal berbanding dua penggal yang pernah dicadangkan.

"Kami rasa dalam keadaan sekarang, tiga penggal sudah cukup panjang kerana satu penggal boleh mentadbir selama lebih tiga tahun.

"Kita harus yakin dan mengamalkan pembaharuan. Memandangkan kemajuan pesat dalam dunia hari ini, kita perlu bergerak seiring dengan zaman agar kita tidak ketinggalan," katanya yang berucap dalam Persidangan Mesyuarat Agung Majlis Ahli Seumur Hidup Gerakan di sini hari ini.

Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan pula akan berlangsung selama dua hari bermula esok di Pusat Konvensyen Setia City, Setia Alam dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual merasmikannya pada Ahad ini.

Siew Keong memberitahu, bagi menarik lebih ramai golongan muda terutama wanita menyertai Gerakan, parti itu mengusulkan supaya mereka yang berumur bawah 35 tahun dibenarkan menyertai sayap Pemuda bagi membuktikan kepercayaan terhadap kesaksamaan jantina dan bersifat progresif

"Saya berharap ini akan menjadi asas kepada penggabungan semua sayap dalam parti," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.