saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 16/10/2014

Pemilihan semula CEC MIC selepas siasatan ROS selesai

KUALA LUMPUR 15 Okt. - Pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) MIC hanya akan diadakan selepas Pendaftar Pertubuhan (ROS) selesai melakukan siasatan berhubung dakwaan wujud salah laku dalam kalangan ahli parti tersebut.

Ahli Jawatankuasa Lembaga Disiplin MIC, Datuk R. Ramanan menegaskan, proses pemilihan semula CEC parti perlu diteliti bagi memastikan masalah yang timbul dapat diselesaikan secara adil dan cepat.

"MIC perlu menunggu hasil siasatan ROS sama ada untuk mengadakan pemilihan semula CEC parti atau sebaliknya.

"MIC juga tidak dapat memastikan jawatan yang akan terlibat dalam pemilihan semula CEC sehingga ROS mengeluarkan hasil siasatannya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Isu pemilihan semula CEC MIC timbul sejak 10 bulan lalu selepas terdapat pelbagai aduan bahawa wujud salah laku dalam kalangan ahli parti tersebut.

Selain itu, Ramanan menyatakan, MIC akan mengambil tindakan segera jika hasil siasatan ROS mendapati wujud salah laku dalam kalangan ahli parti tersebut.

Beliau berkata, langkah itu menunjukkan parti tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menjatuhkan imej MIC dan kerajaan.

"MIC membawa imej masyarakat India di seluruh negara dan juga kerajaan, maka kami tidak akan berdiam diri atas masalah yang timbul dalam parti," katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Ramanan menyatakan bahawa Jawatankuasa Lembaga Disiplin MIC tidak akan mengambil tindakan terhadap ahli parti yang akan menyertai demonstrasi mendesak pemilihan semula CEC di hadapan pejabat Perdana Menteri, esok.

Katanya, hal itu kerana Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel sudah memberi kebenaran kepada ahli-ahlinya untuk mengadakan demonstrasi secara aman.

Bagaimanapun beliau berkata, jawatankuasa tersebut akan mengambil tindakan jika berlaku kekecohan dalam demonstrasi yang dilakukan.

"Jawatankuasa Disiplin parti hanya akan mengambil tindakan jika terdapat aduan mengenai salah laku ahli semasa menyertai demonstrasi yang bakal diadakan itu," jelasnya.

Beliau turut menjangkakan kira-kira 2,500 ahli parti akan berkumpul esok bagi menyertai demonstrasi tersebut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.