saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 16/10/2014

Tetap laksana hudud tahun depan

Mohd. Nassuruddin

KOTA BHARU 15 Okt. - Kerajaan Pas Kelantan akan tetap melaksanakan hukum hudud atau Kanun Jenayah Syariah II di negeri ini walaupun mendapat tentangan daripada orang bukan Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud menegaskan, Pas tidak akan tunduk dengan sebarang desakan sebaliknya yakin undang-undang Islam itu akan dilaksanakan tahun depan.

Beliau berkata, orang bukan Islam tidak sepatutnya membantah hasrat Pas untuk melaksanakan hukum hudud itu kerana ia langsung tidak melibatkan mereka.

"Orang bukan Islam tidak boleh tidak setuju sebab mereka tidak terlibat dalam undang-undang Islam ini. Misalnya hukum bersunat wajib kepada orang Islam, takkan bila kita hendak bersunat hendak minta kebenaran orang bukan Islam.

"Jadi soal orang bukan Islam tidak setuju tidak perlu, sebab kita tidak perlu sokongan dia. Insya-Allah kita berdoa agar hudud akan dapat dilaksanakan tahun depan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membuat pergulungan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di sini hari ini.

Sementara itu Mohd. Nassuruddin turut menegaskan, Pas sama sekali tidak akan tunduk dengan sebarang desakan terutama daripada sekutu mereka, DAP untuk melaksanakan hukum hudud ini.

"Kita tidak perlu persetujuan DAP. Insya-Allah tahun depan kita laksana," katanya.

Dalam pada itu, diminta mengulas mengenai perkembangan jawatankuasa teknikal khas antara Kerajaan Pusat dan negeri yang ditubuhkan bagi mengkaji pelaksanaan hudud, Mohd. Nassuruddin berkata, proses perbincangan melalui jawatankuasa itu berjalan lancar dan menunjukkan perkembangan positif.

"Sekarang kita sudah melalui dua kali mesyuarat. Ia berjalan dengan lancar. Kita doakan pada 2015 undang-undang Islam ini akan dapat direalisasikan," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh
Zuhur
Asar
Maghrib
Isyak



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.