saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 11/10/2014

Azmin punya kuasa mutlak

Mohamed Maliki

KUALA LUMPUR 10 Okt. - Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor perlu tegas menghalang penganjuran pesta arak, Oktoberfest di pusat beli-belah One Utama, Petaling Jaya demi menjaga kepentingan rakyat terutamanya masyarakat Islam.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata, penganjuran Oktoberfest merupakan isu moral dan kepentingan perniagaan di luar etika yang sepatutnya boleh diputuskan mengikut pertimbangan logik Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

"Sikap yang ditunjukkan jelas membelakangi sumpah serta janji yang dilafazkan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk menjaga kesucian serta kemuliaan agama Islam dan sebagai pemimpin yang memiliki kuasa eksekutif dalam mentadbir Selangor, beliau dilihat gagal dalam ujian pertama sebagai Menteri Besar.

Keratan akhbar Utusan Malaysia 10 Oktober.

"Semua sedia maklum arak merupakan bahan tidak baik untuk diamalkan dalam kehidupan seharian dan berdasarkan konteks masyarakat bukan Islam juga pasti tidak bersetuju pengambilan arak dibiarkan secara berleluasa. Jika isu seperti ini tidak boleh ditangani, bagaimana beliau hendak berdepan dengan masalah lebih kompleks seperti isu air, rumah urut, judi, setinggan, curi pasir, pembangunan tanah dan lain-lain," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam akhbar melaporkan, meskipun menerima bantahan daripada banyak pihak termasuk rakan sekutunya, Pas, kerajaan PKR Selangor bertegas membenarkan penganjuran pesta arak tersebut yang dijadualkan berlangsung di pusat beli-belah One Utama, Petaling Jaya pada hujung minggu ini.

Mohamed Azmin berkata, pihaknya memberi laluan kepada pesta tersebut berikutan penganjurnya telah memenuhi semua syarat ditetapkan.

Sementara itu, Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina), Ibrahim Mohd. Hassan berkata, pihaknya bimbang penganjuran aktiviti seperti itu akan menjadi permulaan dan mengundang kepada pesta-pesta lain seperti seks dan bogel.

"Adakah Menteri Besar sedar penganjuran program ini adalah pesta arak? Beliau sepatutnya menghalang mana-mana penganjuran yang boleh mengundang bala.

"Berhubung pihak berkuasa tempatan pula, Menteri Besar sepatutnya berani menggunakan kuasa mutlak yang ada untuk mengekang aktiviti tersebut," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:33
Maghrib 7:25
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.