saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 09/10/2014

Tiada unsur hasutan

KUALA LUMPUR 8 Okt. - Timbalan Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara, Mohamad Azli Mohemed Saad yakin kenyataannya tidak mempunyai unsur hasutan ketika mencadangkan supaya Perhimpunan Agung UMNO kali ini membahaskan sama ada sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) perlu diteruskan atau dimansuhkan selepas dilihat telah diperalat oleh pembangkang dalam menabur sentimen perkauman dan antikerajaan.

Sehubungan itu, beliau berharap Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Datuk Ti Lian Ker yang menggesa pihak polis menyiasatnya berhubung niatnya tersebut dapat membezakan antara bahasa ibunda dan medium arahan.

Lian Ker yang juga Pengerusi Biro Keharmonian Agama MCA semalam bagaimanapun menjelaskan beliau tidak berniat untuk mencampuri urusan dalaman UMNO ketika menegur Mohamad Azli dengan menyifatkan teguran itu cuma bertujuan memperingatkannya bahawa agenda setiap parti komponen Barisan Nasional (BN) tidak seharusnya menyentuh hak dan sensitiviti kaum-kaum lain.

Berikut adalah kenyataan penuh Mohamad Azli:

* Ingin saya ingatkan bahawa apabila mula bercakap mengenai SJKC, saya tidak menyebut tentang MCA. Saya hanya mengetengahkan hakikat bahawa pakatan pembangkang menggunakan SJKC sebagai platform politik untuk menyebarkan sentimen negatif terhadap Kerajaan BN yang mana ia tidak adil dan tidak beretika.

* Saya benar-benar tidak faham mengapakah Lian Ker memberi reaksi keterlaluan terhadap kenyataan saya. Sebagai seorang Melayu dan penyokong kuat MCA, saya sentiasa mengundi calon MCA dalam semua pilihan raya walaupun orang Cina tidak berbuat demikian.

* Ini bukan satu kejutan kepada saya kerana untuk dekad yang lalu, pakatan pembangkang telah memfitnah MCA dengan beban pembohongan terhadap masyarakat Cina. Pemimpin MCA enggan menyangkal atas alasan bahawa 'masyarakat Cina tidak suka jika MCA menghentam DAP' yang sudah tentu merupakan satu perkara baik bagi DAP.

* Oleh itu, DAP hanya perlu berurusan dengan ahli mereka yang bersungut kerana mereka tidak perlu bimbang tentang lawan yang tewas dari segi mental. Kami masih berdiri dan menyokong MCA walaupun mereka telah memilih untuk menerima pakai dasar mententeramkan musuh yang mana ia adalah untuk kegembiraan DAP.

* Saya percaya bahawa apa yang saya kata tidak berunsur hasutan dan berharap Lian Ker dapat membezakan antara bahasa ibunda dan medium arahan.

* Tetapi masih wujud kebimbangan utama yang ingin saya tekankan sekali lagi berhubung pandangan bahawa pakatan pembangkang memupuk sentimen kebencian ke dalam minda orang muda yang tidak bersalah di SJKC.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:20
Asar 4:35
Maghrib 7:26
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.