saya nak baca ..

POLIS & TENTERA


ARKIB : 10/09/2014

Selamat tinggal TUDM - Rodzali

Ops Piramid antara misi kejayaan TUDM sebagai angkatan udara yang kredibel ketika Jeneral Tan Sri Rodzali TUDM menerajui pucuk pimpinan TUDM. Dalam operasi itu, TUDM telah berjaya membawa pulang rakyat dan pelajar Malaysia ketika pergolakan di Mesir pada tahun 2011.

DERETAN ‘tragedi hitam’ yang melanda negara antaranya, insiden pencerobohan Lahad Datu, misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dan terbaru tragedi pesawat MH17 yang ditembak di timur Ukraine menuntut kecekalan dan kebijaksanaan pemimpin kerajaan serta pasukan penguat kuasa untuk menangani setiap krisis yang berlaku.

Tragedi silih berganti yang mendatang itu sedikit pun tidak melunturkan semangat Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud malah beliau menganggap segala rintangan tersebut sebagai cabaran yang perlu ditangani dengan bijaksana.

Namun, selepas berkhidmat lebih 41 tahun dalam Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), impian anak kelahiran Besut, Terengganu itu untuk terus menabur bakti dalam perkhidmatan tentera bakal berakhir berikutan persaraannya pada 12 September ini.

Menyingkap kembali sejarah karier beliau, Rodzali yang merupakan anak kepada kerani kilang papan membesar sebagai ‘budak kampung’ di Kampung Kepas, Besut dan sejak kecil menanam impian untuk menjadi doktor.

Walaupun beliau kerap melihat pesawat terbang di sekitar kawasan kampungnya, yang terletak berhampiran Pangkalan Tentera Udara Gong Kedak, tidak sedikit pun terlintas dalam fikirannya untuk menjadi juruterbang.

“Walaupun dibesarkan dengan suasana kampung, bapa saya mengutamakan pendidikan kepada kepada anak-anaknya. Saya dihantar belajar ke sekolah aliran Inggeris terulung di Terengganu, Sekolah Tengku Mahmood (TMS) untuk memastikan saya mendapatkan ilmu secukupnya.

“Bagi memastikan saya dapat belajar dengan baik, bapa membelikan saya sebuah ensiklopedia dan melanggan surat khabar Inggeris. Satu pengorbanan besar yang dilakukannya walaupun gajinya agak kecil bagi menampung kehidupan kami sekeluarga," katanya kepada MegaWira ketika ditemui di pejabatnya baru-baru ini.

Segala-galanya berubah selepas Rodzali berjaya mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan Lower Certificate of Education (LCE) dan kemudian terpilih untuk melanjutkan pengajian tingkatan empat di Maktab Tentera Diraja (MTD) di Kuala Lumpur.

Pada awalnya, bapanya menentang hasrat beliau memasuki MTD kerana mahu beliau menjadi seorang doktor tetapi lama-kelamaan menyokong kemahuan Rodzali.

Menurut beliau, cita-cita untuk menjadi juruterbang hanya hadir selepas tamat peperiksaan Malaysian Certificate of Education (MCE). Di situlah beliau mula menanam azam menjadi seorang juruterbang walaupun pada asalnya melihat kerjaya tersebut menguntungkan kerana menawarkan gaji yang besar.

“Selepas menamatkan latihan Pegawai Kadet, saya ditauliahkan sebagai juruterbang pada 31 Oktober 1973 dan kemudian dihantar menjalani kursus asas dan lanjutan penerbangan di Australia pada 1974 dan sebaik sahaja tamat menjalani latihan, saya ditugaskan menjadi juruterbang Skuadron No. 6 bagi menerbangkan pesawat Tebuan CL-41G dan Skuadron No.12 (5-5E).

“Antara pengalaman awal saya sebagai pegawai pemerintah termasuk menyandang jawatan Pemangku Komandan Pusat Latihan Terbang 3, menerbangkan pesawat PC 7 dan Aemacchi MB 339A, Pegawai Memerintah Skuadron No. 12 (F5) dan Skuadron No. 17 (MiG-29N) serta menyandang jawatan Komander Pangkalan Udara Kuantan," katanya.

Menurut Rodzali, sepanjang berkhidmat dalam TUDM, beliau turut menjalankan tugas pengurusan dan pentadbiran di luar negara sejak 1988 seperti memegang jawatan Pegawai Staf di Air Defence Command, Ketua Tim Projek MiG-29N di Moscow, Rusia dan Penasihat Pertahanan di Moscow.

Katanya, beliau pernah menyandang jawatan Panglima Operasi Udara di Markas Operasi Udara, Asisten Ketua Staf Perancangan dan Pembangunan di Markas Pendidikan dan Latihan Udara, Panglima Pendidikan dan Latihan Udara dan Panglima No. 1 Divisyen Udara.

Rodzali dilantik sebagai Panglima Tentera Udara pada 1 September 2009. Bagi beliau misi mencari pesawat MH370 benar-benar menguji kredibiliti beliau sebagai Panglima Tentera Udara.

Menurut beliau, kejadian itu merupakan yang pertama kali berlaku di negara ini dan Rodzali mengambil pendekatan terbaik dalam mengendalikan proses pencari pesawat berkenaan dan menganggapnya sebagai salah satu cabaran terbesar sepanjang kariernya.

“Pencarian pesawat MH370 merupakan cabaran buat diri saya tetapi pada masa sama saya dapat mewujudkan kerjasama dua hala antara pasukan tentera negara-negara ASEAN," katanya.

Ditanya mengenai perancangannya selepas bersara daripada angkatan tentera, Rodzali berkata, beliau dalam proses menyiapkan sebuah buku autobiografi kehidupannya sebagai anggota TUDM.

“Saya mahu berkongsi pengalaman saya dengan masyarakat terutama golongan muda tentang pengalaman saya dari mula menyertai TUDM sehingga ke kemuncaknya supaya mereka tahu nilai tinggi yang terdapat dalam TUDM," ujarnya.

Beliau juga yakin pucuk pimpinan TUDM akan datang untuk meneruskan agenda yang ada dan salah satunya adalah mentransformasikan pertahanan udara ke tahap lebih tinggi.

“Saya berharap anggota TUDM terus mempertingkatkan mutu kerja yang terbaik. Dapatkan nombor satu, bukan yang kedua," katanya mengakhiri perbualan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:23
Maghrib 6:58
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.