saya nak baca ..

POLIS & TENTERA


ARKIB : 02/09/2014

Razak pakar musnahkan jerangkap samar komunis

Abdul Razak sewaktu menerima serah tugas sebagai Ketua Polis Balai Pelabuhan Klang 1992.

“KEMERDEKAAN serta keamanan yang dinikmati hari ini bukan sesuatu yang diperoleh semudah menanam benih jagung di ladang, sebaliknya ia hasil daripada titisan darah serta nyawa pejuang-pejuang terdahulu.

“Kami tidak pernah diminta disanjung, cuma apa yang kami mahu hanyalah keamanan dan kemerdekaan ini dapat dipertahankan sampai bila-bila,".

Itulah harapan pesara polis, Sub Inspektor Abdul Razak Abdullah, 68, yang kali terakhir bertugas sebagai Ketua Polis Balai Pandamaran, Klang apabila ditanya tentang kemerdekaan yang dinikmati oleh semua rakyat Malaysia.

Pada tahun 1972, Abdul Razak menyertai Batalion 5 Pasukan Polis Hutan (PPH) Briged Tengah di Cheras, Kuala Lumpur yang terbabit secara langsung dalam usaha memerangi ancaman komunis yang begitu kuat di utara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Menurutnya, beliau memiliki kemahiran khusus untuk mematikan 'booby trap’ (jerangkap samar) yang biasa dipasang oleh pihak komunis di dalam hutan khususnya di Gerik, Perak serta sempadan di antara Malaysia dan Thailand.

“Ramai anggota kami yang maut serta cedera parah akibat terpijak jerangkap samar yang dipasang komunis. Malah, salah seorang rakan platun saya sendiri pernah menjadi mangsa akibat jerangkap samar yang dipasang oleh musuh di sempadan.

“Saya telah berjaya mematikan lebih 10 buah jerangkap samar sebesar tin Milo yang dipasang musuh hasil daripada latihan yang diterima menggunakan bahan letupan hidup," katanya ketika ditemui di kediamannya di Jalan Kastam, Klang baru-baru ini.

Dalam pada itu, menceritakan pengalaman bertempur dengan komunis di Sabah dan Sarawak sekitar tahun 1970-an, Abdul Razak berkata, strategi musuh yang menyerang secara jauh menyukarkan pihak keselamatan negara untuk menangkap mereka.

Beliau juga memberitahu pernah terbabit dalam empat siri pertempuran di Sabah dan Sarawak menentang Komunis Kalimantan Utara namun tidak pernah menemui mayat musuh sebaliknya hanya kesan darah ditemui.

“Semua yang dilalui sepanjang menyertai PPH, menguatkan saya untuk terus berkhidmat sebaik mungkin bagi pasukan serta negara.

“Prinsip saya mudah. Tanya diri sendiri dahulu apa sumbangan saya kepada pasukan dan negara kemudian kita pasti akan melakukan yang terbaik,"jelasnya jujur.

Kata Abdul Razak, beliau memulakan tugas sebagai anggota polis pada tahun 1964 yang ditugaskan menjadi pengawal pengiring orang kenamaan termasuklah Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Abdul Razak Hussein serta beberapa menteri kabinet lain yang merupakan memori berharga yang tidak akan dilupakannya.

Malah, beliau juga bertugas semasa tragedi berdarah pada 13 Mei 1969 yang juga antara pengalaman yang menyebabkan dirinya sentiasa menghargai keamanan serta kemerdekaan yang dinikmati sekarang.

“Saya bertugas di Balai Polis Jalan Bandar semasa 13 Mei itu. Bila diingatkan balik, saya tidak mahu keadaan sama berulang.

“Mujurlah kita ada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika itu. Jika tidak sudah pasti sukar untuk kerajaan dan pasukan keselamatan menyelesaikan tragedi itu dalam tempoh yang singkat," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:10
Asar 4:13
Maghrib 7:12
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.