saya nak baca ..

POLIS & TENTERA


ARKIB : 05/08/2014

Gigih bersama Amanita

S.Sasikala Dewi

DI MANA pun wanita berada, golongan ini mempunyai kuasa sendiri dan tidak sesekali boleh untuk dipandang rendah.

Meskipun sering dinilai sebagai tenaga sokongan kepada kaum Adam namun kemampuan wanita hari ini tidak dapat disangkal lagi untuk berdiri bersama-sama dengan golongan lelaki.

Misalnya, Penolong Pengarah Bahagian Perundangan/Siasatan, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Asisten Komisioner S. Sasikala Devi adalah antara ribuan pegawai dan anggota wanita Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berjaya membuktikan kewibawaan golongan itu untuk berada setaraf dengan lelaki dalam institusi paling berpengaruh dalam negara itu.

Apa tidaknya, sebaik menamatkan latihan Kadet Asisten Supritendan (ASP) di Maktab PDRM Kuala Kubu Baru 25 tahun lalu, S. Sasikala Devi telah dinobat sebagai Pelatih Terbaik Keseluruhan di kalangan 29 pelatih termasuk enam wanita lain.

“Tempoh setahun latihan tersebut bukanlah sesuatu yang mudah kerana kami dilatih dari segi mental dan fizikal. Bayangkanlah ketika itu senjata M-16 pun saya rasa lebih berat dari saya untuk dipikul.

“Bagaimanapun saya mampu lalui kerana minat. Malah anugerah sebagai Pelatih Terbaik Keseluruhan itu merupakan penghargaan yang tinggi buat saya," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Bercerita pengalaman beliau menyertai polis, S. Sasikala Devi berkata, minat beliau untuk bersama pasukan itu adalah disebabkan pengaruh persekitaran yang dilalui beliau sejak kecil.

“Ayah saya merupakan ketua kerani di Balai Polis Jalan Bandar dan saya tinggal di kuarters polis berhampiran kawasan itu, jadi memang sejak kecil lagi persekitaran saya ialah kehidupan polis hingga membuatkan saya berminat untuk menyertainya," ujar beliau yang merupakan Ketua Inisiatif unit khas polis Aman Wanita (Amanita).

Menurut ibu kepada seorang anak ini, sepanjang kerjayanya, beliau pernah melalui pengalaman yang mana orang ramai ‘terpaksa’ memberi kerjasama yang baik disebabkan beliau merupakan pegawai polis wanita.

“Itulah antara kelebihan pegawai dan anggota wanita, ada kalanya orang ramai memberi kerjasama yang baik kerana cara pendekatan yang lembut yang ada pada wanita.

“Saya pernah ditugaskan untuk mengetuai operasi menggeledah rumah Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa kes liwatnya pada tahun 1999. Ketika itu suasana tegang di rumah beliau kerana orang ramai termasuk beberapa peguam tidak membenarkan pasukan polis masuk.

“Namun setelah saya tampil berbincang, mereka termasuk isteri Anwar, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail terus memberikan kerjasama yang baik," ujarnya yang pernah menerima anugerah daripada polis Australia kerana kejayaan dalam operasi dadah bersama negara terbabit.

Menurut S. Sasikala Devi, sepanjang berada dalam perkhidmatan, bertugas sebagai Pegawai Turus Penyelaras Perhubungan Antarabangsa Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman telah banyak memberi pengalaman yang berharga buat beliau.

“Ketika itu saya banyak bekerjasama dan berinteraksi dengan polis di seluruh negara dalam pelbagai operasi yang dijalankan. Tugas perlu dilakukan secara berhati-hati dan teliti.

“Jadi secara tidak langsung membentuk keperibadian diri saya semasa menjalankan tugas," ujar beliau yang pernah menjadi Pegawai Penyiasat (IO) bagi kes berprofil tinggi seperti penyelewengan Syarikat Perwaja Steel Sdn. Bhd. semasa bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.