saya nak baca ..

POLIS & TENTERA


ARKIB : 23/07/2014

MALBATT cemerlang di Lebanon

HISHAMUDDIN Tun Hussein bersama-sama anggota MALBATT ketika menghadiri majlis berbuka puasa di Kem Marakah, Lebanon

KELETIHAN menempuh perjalanan selama 25 jam dengan pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) seolah-olah hilang apabila melihat wajah-wajah anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-1 di Kem Marakah, Lebanon.

Kehadiran rombongan media bagi membuat liputan lawatan bersejarah Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien disambut dengan penuh kemesraan. Malah bermula dari Komander MALBATT Kolonel Arman Rumaizi Ahmad hinggalah kepada anggota lain-lain pangkat mereka cuba memberikan layanan terbaik kepada kami sebagai tetamu.

Kami tidak berasa asing sepanjang tiga malan menginap di kem tersebut, di mana-mana sahaja kami akan disapa, malah pada malam terakhir bersahur, kami disediakan hidangan yang cukup enak.

Ternyata sebagai ‘tuan rumah’ pegawai dan anggota MALBATT cuba memberikan layanan terbaik kepada tetamu mereka supaya nama pasukan itu dikenang.

Tetapi MALBATT hanya menjadi tuan rumah di dalam kem itu sahaja kerana di luar kem, mereka adalah tetamu yang ‘dijemput’ oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. (PBB) bagi menjaga keselamatan penduduk-penduduk Lebanon berikutan konflik antara negara itu dengan Israel.

Atas sebab itulah, sikap mesra yang ditunjukkan ketika menyambut tetamu di kem turut menjadi pegangan ketika menjalankan tugas di luar kem. Sememangnya sikap mesra anggota -anggota MALBATT sering sahaja menjadi bualan dan faktor penentu kejayaan misi mereka di bawah PBB.

Begitulah jugalah MALBATT 850-1, senyuman yang sentiasa terukir tetapi tegas menjalankan tugas dengan penuh profesional, berdisiplin dan tidak berat sebelah memungkinkan kehadiran pasukan itu disenangi oleh penduduk tempatan.

Jika sebelum ini kehadiran tentera PBB dari negara lan tidak begitu disenangi oleh penduduk tempatan namun persepsi itu seolah-olah berubah apabila mereka bertemu dengan anggota MALBATT.

Dari semasa ke semasa, melalui pelbagai program dan pendekatan yang dilakukan, mereka semakin memahami MALBATT bukanlah ‘tentera penceroboh’ atau satu pasukan yang harus dimusuhi.

Selain itu, dengan keanggotaan yang disertai oleh pelbagai kaum dan agama, MALBATT cuba menunjukkan kepada penduduk-penduduk Lebanon bahawa perbezaan itu bukanlah satu ancaman yang boleh menggugat keamanan, sebaliknya ia adalah satu kekuatan bagi sebuah negara.

Dan ternyata penampilan itu memudahkan tugas MALBATT sehingga mereka diterima baik oleh masyarakat setempat dan mendapat pujian negara-negara lain.

Satu lagi kelebihan yang ada kepada anggota-anggota MALBATT khususnya mereka yang beragama Islam ialah setiap masa diberikan ‘siraman rohani’ melalui pelbagai program agama yang dikelolakan oleh Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) .

Mereka menjalankan aktiviti agama termasuklah solat lima waktu secara berjemaah di Masjid Kawkabah - masjid yang dibina sendiri oleh anggota MALBATT.

Menurut Pengarah pengurusan KAGAT, Kolonel Nawawi Daud, pihaknya bersedia menghulurkan apa juga keperluan dengan tujuan memudahkan anggota-anggota MALBATT beribadah.

“Ambil kesempatan daripada waktu terluang untuk meningkatkan ibadah kita kepada Allah dan saya sedia menyediakan kemudahan yang saudara-saudara perlukan," katanya ketika menyampaikan kuliah subuh di Kem Marakah, minggu lalu.

Dalam masa yang sama, semangat perjuangan mereka di bumi asing itu disemarakkan dengan kehadiran Hishammuddin. Sikap Menteri Pertahanan itu yang sentiasa mesra dan mengenepikan protokol ternyata menggembirakan anggota-angota MALBATT.

Walaupun menempuh jadual lawatan yang padat, namun Hishammuddin tetap melayan permintaan wira-wira negara itu bergambar bersama beliau. Hishammuddin dilihat begitu bangga dengan prestasi dan pengorbanan anggota-anggota tersebut, sebab itulah beliau bersedia menjejak kaki ke Lebanon biar pun mendapat nasihat tidak berbuat demikian atas faktor keselamatan.

“Ini adalah impian saya, oleh itu apa juga dugaan dan cabaran akan saya tempuh kerana saya ingin bersama-sama saudara-saudari,’’ kata Hishammuddin ketika berucap dalam majlis berbuka puasa bersama anggota-anggota MALBATT.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.