saya nak baca ..

POLIS & TENTERA


ARKIB : 22/07/2014

Rondaan Ramadan

Muhammad Azlee Abdullah bersama kesatuan rukun tetangga meninjau permasalahan yang dialami penduduk.

SESUDAH tarawih, hampir 20 anggota dan pegawai yang diketuai Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah selaku Ketua Polis Daerah Brickfields tidak pulang ke rumah masing-masing, sebaliknya mereka ditemani motosikal Kawasaki 250 R merencana satu program baharu.

Setelah memberi amanat ringkas dan bacaan doa, kumpulan pasukan Unit Rondaan Bermotosikal daerah itu dilihat beriringan keluar dari Balai Polis Travers untuk menuju ke beberapa destinasi.

Waktu itu hampir menjengah tengah malam dan turut sama menunggang jentera itu adalah seorang pegawai wanita, Supritendan Aida Abdul Hamid yang juga timbalan ketua polis daerah Brickfields.

Rencana sepasukan pegawai dan anggota polis khas yang sebenarnya adalah membuat rondaan di beberapa daerah berkenaan sempena bulan Ramadan dan menjelang perayaan Aidilfitri.

Pada peringkat pertama pada 8 Julai itu, tiga kawasan yang dipilih untuk dilawati mereka, iaitu di perumahan sekitar Bukit Gasing, Bukit Damansara dan Sri Petaling.

Perumahan itu dipilih kerana mempunyai antara kepadatan penduduk paling tinggi di daerah itu dan mempunyai Kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang tersendiri.

Bagaimanapun tiga kawasan penempatan itu juga dikatakan mempunyai potensi untuk berlakunya kadar jenayah yang tinggi khususnya pada waktu awal pagi seperti kejadian pecah rumah dan kecurian kenderaan.

Muhammad Azlee ketika ditemui berkata, pihaknya mengambil inisiatif berkenaan bukan sahaja untuk mengekang kadar jenayah di Brickfields malah untuk meningkatkan kesedaran ‘omnipresence’ di kalangan masyarakat di daerah berkenaan.

“Kita mahu orang ramai tahu bahawa Ramadan tidak menjadi alasan untuk setiap anggota polis bertugas dan untuk tujuan itu, kita melakukan pelbagai usaha termasuklah melakukan rondaan URB ini.

“Kita juga bukan sekadar meronda sebaliknya turut mengambil maklum balas dari pelbagai pihak khususnya jawatankuasa rukun tetangga di setiap kawasan perumahan ini untuk mengetahui masalah berkaitan jenayah.

“Dengan usaha ini kita bukan sahaja mampu membantu masyarakat malah menambah baik lagi perkhidmatan polis," katanya.

Pada peringkat pertama itu, seramai 16 pegawai dan anggota ronda URB terlibat dalam program itu.

Katanya, pada program itu, polis turut bertukar maklumat dengan persatuan penduduk perumahan untuk mendapatkan informasi tentang masalah mereka khususnya berkaitan dengan jenayah.

Ujar Muhammad Azlee, selain itu, polis turut memberi pendedahan kepada mereka supaya mengamalkan cara hidup yang selamat dan peka dengan keadaan sekitar.

“Rondaan ini juga sebagai satu acara untuk mendedahkan masyarakat supaya tidak cuai dan boleh mengundang segala aktiviti jenayah terutama sekali menjelang cuti Aidilfitri ini," katanya.

Muhammad Azlee juga menjelaskan, rondaan sebegitu tidak akan membebankan anggotanya kerana dibuat selepas solat tarawih.

“Kita memberi kelonggaran kepada semua untuk menunaikan ibadah pada setiap malam dan selepas itulah baru kita bertolak untuk meronda di awal pagi.

“Kemudian, kami semua akan bersahur beramai-ramai selepas rondaan ini tamat," katanya.

Sementara itu, Aida ketika ditanya tentang program itu memberitahu, tiada alasan untuk beliau tidak menyertai rondaan itu meskipun beliau seorang wanita dan mempunyai keluarga di rumah.

“Skop tugasan seorang polis ini luas dan tidak hanya berkhidmat ketika waktu bekerja sahaja. Bulan Ramadan juga tidak menjadi alasan untuk kami bekerja untuk memastikan masyarakat berada dalam keadaan selamat dan sejahtera," katanya yang sememangnya memiliki kemahiran dalam mengendalikan motosikal berkuasa tinggi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.