saya nak baca ..

POLIS & TENTERA


ARKIB : 09/07/2014

Maritim Malaysia perkukuh hubungan, aset

PEGAWAI Teknikal APMM, Feazlan Ja Abu Bakar menguji senjata GPMG yang dibekalkan di atas bot Rigid Hull Fenders (RHFB).

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melakar sejarah apabila menjalinkan kerjasama dengan kerajaan Kanada dalam usaha meningkatkan keupayaan berhubung keselamatan perairan antarabangsa termasuk Malaysia agar selamat daripada sebarang jenayah di laut.

Kerjasama yang diwujudkan antara agensi keselamatan Maritim Kanada turut memberi fokus kepada usaha Maritim Malaysia dalam memerangi jenayah penyeludupan dan pemerdagangan manusia di perairan Selangor dan Melaka.

Bagi tujuan tersebut, kerajaan Kanada telah menyumbangkan dua buah bot laju jenis Rigid Hull Fenders Boat (RHFB) bernilai RM2 juta yang sekali gus meningkatkan aset penguatkuasaan Maritim Malaysia pada masa akan datang.

Bot sepanjang 12 meter itu setiap satu menggunakan dua enjin 350 kuasa kuda jenis Yamaha V8 dibina di limbungan Syarikat Dalac Marine Engineering and Services Sdn. Bhd. di Johor Bahru, Johor menerusi dana yang disumbangkan oleh kerajaan Kanada.

Majlis penyerahan bot laju itu disempurnakan Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Malaysia, Judith St. George kepada Maritim Malaysia yang diwakili Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Laksamana Madya Maritim Datuk Ahmad Puzi Ab. Kahar di Pejabat Daerah Maritim 5, Kuala Linggi, Masjid Tanah, Melaka pada 18 Jun lalu.

Majlis tersebut turut disaksikan Timbalan Ketua Pengarah Logistik, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Hassan Jusoh; Ketua Penguat Kuasa Maritim Wilayah Selatan, Laksamana Pertama Adon Shalan dan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Maritim Malaysia, Samsuni Mohd. Nor.

Sebelum ini, Maritim Malaysia telah menjalinkan hubungan kerjasama dengan dua buah negara iaitu Jepun dan Australia.

Jepun telah menyumbang sebuah kapal KM Marlin dan dua buah bot Gemini (bot getah) serta fiber manakala melalui kerjasama dengan Australia pula, agensi itu menerima dua set alat pengesan dadah.

Pada pertengahan tahun depan pula, Maritim Malaysia akan menerima sumbangan daripada kerajaan Australia iaitu dua buah kapal (Bay Class).

JUDITH St George (dua kanan) melakukan penyerahan bot RHFB kepada Ahmad Puzi Ab Kahar.

Melalui sumbangan dua buah bot laju itu daripada kerajaan Kanada, Maritim Malaysia berjaya meningkatkan keupayaan dari segi aset. Setakat ini, agensi itu memiliki 239 vesel iaitu 77 kapal dan 162 bot laju, enam buah helikopter serta dua pesawat amfibia.

Manakala dari segi keanggotaan pula semakin meningkat daripada 4,030 anggota pada 2006 kepada 5,170 sehingga Disember 2013 dan sasaran pertambahan keanggotaan yang diperlukan seramai 10,000 orang menjelang tahun 2020.

Sementara itu Ahmad Puzi berkata, kerjasama yang dapat diwujudkan antara Maritim Malaysia dengan Maritim Kanada dapat meningkatkan keupayaan berhubung keselamatan perairan antarabangsa termasuk di negara ini.

Menurutnya, melalui kerjasama tersebut, Maritim Malaysia akan mendapatkan kepakaran Kanada dalam bidang penguatkuasaan maritim seperti menyalurkan maklumat berhubung sebarang insiden jenayah, menjalani latihan dan pembelian beberapa aset lain.

"APMM melihat banyak ruang dan peluang boleh dimanfaatkan oleh kedua-dua buah negara. Biarpun Kanada jauh dari Malaysia namun maklumat perisikan amat diperlukan jika berlaku sebarang kes jenayah di perairan negara kita

"Kanada bersependapat dengan Maritim Malaysia iaitu dalam memerangi jenayah penyeludupan, pemerdagangan manusia dan isu pendatang tanpa izin adalah agenda utama mereka apabila menjalinkan hubungan kerjasama," katanya.

Ahmad Puzi menegaskan, Maritim Malaysia memandang serius mengenai tanggapan sesetengah pihak luar yang melabelkan Malaysia sebagai negara transit bagi jenayah rentas sempadan.

"Saya mengharapkan skop lebih luas dapat dimanfaatkan hasil kerjasama dengan kerajaan Kanada terutama dalam bidang maritim dan yang paling utama adalah menangani isu pengganas," ujarnya.

Baginya, hubungan antara kedua-dua buah negara dalam bidang maritim merupakan satu detik bersejarah buat Maritim Malaysia membabitkan hubungan kerjasama dan persefahaman dengan agensi-agensi keselamatan antarabangsa.

Sementara itu Judith berkata, dua buah bot yang disumbangkan kepada Maritim Malaysia itu adalah sebahagian daripada peruntukan sebanyak RM6 juta ke atas empat projek yang diumumkan oleh Perdana Menteri Kanada, Stephen Harper sewaktu kunjungannya ke negara ini pada Oktober 2013.

Menurutnya, bot tersebut adalah simbol menunjukkan hubungan kerjasama yang terjalin antara kedua-dua negara.

"Malaysia adalah rakan kongsi berharga dan terlibat dalam memerangi penyeludupan pendatang tanpa izin dan permerdagangan manusia kerana Kanada juga berusaha memerangi jenayah ini," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.