saya nak baca ..

PENDIDIKAN


ARKIB : 15/10/2014

Solat hajat Perdana pelajar duduki empat peperiksaan besar

KUALA LIPIS 14 Okt. - Seramai 1,500 ibu bapa dan pelajar dari tiga buah sekolah menengah dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Padang Tengku menyertai majlis solat hajat perdana yang berlangsung di Masjid Pekan Padang Tengku, dekat sini kelmarin.

Program bagi memohon rahmat dan petunjuk Allah itu bukan sahaja melibatkan ibu bapa dan pelajar yang menduduki ujian bertulis Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bermula semalam malah turut meliputi bakal calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Pelajar tiga buah sekolah yang terlibat dalam program itu adalah dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Tengku, SMK Seri Lipis dan Sekolah Menengah Agama Padang Tengku.

Yang hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku, Datuk Mustapa Long.

Program berkenaan merupakan anjuran pejabat ADUN Padang Tengku, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) negeri, Gabungan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) kawasan Padang Tengku dan Badan Kebajikan Masjid Padang Tengku, Lipis.

Mustapa yang ditemui berkata, program solat hajat perdana ini memasuki tahun kedua penganjuran yang ternyata mendapat kerjasama cukup baik dalam kalangan pelajar dan ibu bapa mereka.

"Program ini dapat merapatkan silaturahim antara pemimpin setempat, pentadbir sekolah dan pelajar menerusi kegiatan agama sekali gus membina jati diri selari dengan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025," katanya.

Menurut beliau, program itu turut mengisi agenda mengimarahkan masjid sebagai pusat pertemuan penduduk dan dapat bertukar-tukar fikiran mengenai pendidikan anak-anak serta melestarikan amalan Islam dan sunah Rasulullah dalam kehidupan harian.

Tambahnya, pelajar berkenaan juga diberikan suntikan semangat dan motivasi untuk menghadapi peperiksaan oleh penceramah dari Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:44
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.