saya nak baca ..

PENDIDIKAN


ARKIB : 15/10/2014

Sekolah khas terima dana besar

KOTA BELUD 14 Okt. - Kerajaan negeri sentiasa memberi perhatian serius terhadap pembangunan pendidikan di negeri ini kerana ia merupakan wadah penting yang mampu memacu kemajuan serta pembangunan negara.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, komitmen tersebut diterjemahkan dalam bentuk penyaluran dan peruntukan besar pada setiap tahun kepada sekolah bantuan khas termasuk sekolah jenis kebangsaan Cina di seluruh Sabah.

Katanya, pada tahun lalu sahaja kerajaan memperuntukkan sebanyak RM13 juta kepada sekolah mubaligh dan sekolah persendirian Cina di negeri ini.

"Penyaluran peruntukan ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan negeri tidak pernah meminggirkan mana-mana sekolah bantuan khas di negeri ini kerana kerajaan sedar bahawa sekolah-sekolah ini juga merupakan nadi penting untuk mencorakkan landskap modal insan pada masa depan," katanya di sini semalam.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam majlis perasmian bangunan baharu tiga tingkat Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hwa.

Yang turut hadir Menteri Ke­sejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abd. Rahman Dahlan; Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri, Datuk Musbah Jamli; Timbalan Pengarah Pendidikan negeri, Maimunah Suhaibul dan Pegawai Daerah Kota Belud, Abd. Gari Itam.

Musa berkata, komitmen tersebut akan terus dilaksanakan oleh kerajaan demi memastikan semua sekolah di negeri ini dapat menikmati manfaat hasil daripada dasar pendidikan yang dibawakan oleh kerajaan.

Beliau juga turut melahirkan rasa bangga apabila difahamkan bahawa bilangan pelajar bumiputera yang belajar di sekolah tersebut telah menjangkau sehingga 80 peratus daripada keseluruhan pelajar.

"Sesungguhnya keadaan ini menggambarkan betapa mesra dan prihatinnya pihak sekolah terhadap budaya pendidikan yang mementingkan semangat 1Malaysia kerana dengan amalan dan budaya sebegini pasti membawa keharmonian dan kesejahteraan kepada seluruh negara," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zuhur 1:13
Asar 4:35
Maghrib 7:09
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.