saya nak baca ..

PENDIDIKAN


ARKIB : 01/10/2014

Jumlah penyertaan Liga Remaja Kreatif terus meningkat

MOHD. Ali Hanafiah Mohd. Yunus (kiri) bergambar bersama tiga pemenang tempat pertama dalam Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2014 Peringkat Negeri- Zon Tengah di Cyberjaya, semalam.

CYBERJAYA 30 Sept. - Jumlah penyertaan dalam pertandingan Liga Remaja Kreatif (LRK) anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terus meningkat setiap tahun sejak dianjurkan pada 2010.

Ketua Pegawai Pembangunan Industri SKMM, Datuk Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus berkata, pada LRK 2014, sebanyak 4,074 penyertaan diterima berbanding 3,073 pada tahun lalu.

Beliau berkata, peningkatan itu disebabkan pihaknya menambah beberapa inisiatif baharu untuk menarik lebih banyak penyertaan.

"Pada tahun ini, dua kategori baharu diperkenalkan iaitu aplikasi mudah alih dan portal Internet untuk mencungkil bakat kreatif generasi baharu.

"Kita telah menilai sebanyak 1,263 penyertaan bagi kategori video, 39 bagi aplikasi mudah alih, dan 59 portal Internet," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan majlis penyampaian hadiah pertandingan LRK 2014 peringkat negeri zon tengah di sini hari ini.

Pertandingan yang mendapat kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Pendidikan, Jabatan Penyiaran, My1Content dan Media Prima Digital itu dibuka dari 28 Mei hingga 15 Ogos lalu.

Penyertaan adalah secara berkumpulan terdiri daripada empat pelajar dari sekolah yang sama dan perlu mendapat pengesahan daripada pengetua atau wakil pengetua.

Setiap sekolah dibenarkan menghantar lebih daripada satu penyertaan dengan hasil karya mestilah asli yang belum pernah dihantar ke mana-mana pertandingan lain serta wajib dihasilkan dalam bahasa Melayu dengan tema Jalur Lebar Untuk Pendidikan.

Mengulas lanjut, Mohd Ali Hanafiah berkata, SKMM bersedia untuk mengadakan kerjasama dengan pelbagai pihak dalam meningkatkan kualiti pertandingan pada masa hadapan.

"Kerjasama seumpama itu dapat memberi ruang kepada pelajar mengenai pendedahan pembangunan kandungan aplikasi multimedia.

"Ini penting untuk melahirkan modal insan negara dalam bidang pembangunan industri kreatif," katanya.

Dalam pertandingan peringkat zon tengah itu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tasik Puteri, Rawang menjadi johan bagi Selangor manakala Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR), Seremban muncul johan bagi Negeri Sembilan.

Johan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula dimenangi Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Kuala Lumpur.

Ketiga-tiga sekolah berkenaan membawa pulang wang tunai berjumlah RM5,000, kamera digital dan sijil penyertaan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:19
Asar 4:31
Maghrib 7:24
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.