saya nak baca ..

PENDIDIKAN


ARKIB : 01/10/2014

297 diiktiraf Sekolah Kluster Kecemerlangan

Abdul Rahman Arshad (tiga dari kanan) beramah mesra dengan guru ketika melawat Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Falahiah, Tumpat, Kelantan, semalam. - Utusan/Rosni Masri

TUMPAT 30 Sept. - Sebanyak 297 sekolah di seluruh negara diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) sejak program tersebut diperkenalkan tujuh tahun lalu.

Pengerusi Panel Penasihat SKK, Tan Sri Dr. Abdul Rahman Arshad berkata, SKK fasa kelapan telah pun berakhir dan kini penilaian terhadap sekolah untuk diiktiraf dalam fasa kesembilan sedang dilakukan.

Kata beliau, sepanjang fasa kesembilan yang juga merupakan fasa terakhir, jumlah tersebut akan ditambah dari semasa ke semasa sehingga mencapai sasaran 500 buah SKK pada akhir 2015.

"SKK akan berakhir tahun depan dan setakat ini sudah 297 sekolah diiktiraf. Masih terdapat 203 kekosongan bagi memastikan sasaran 500 SKK dicapai.

"Kita beri peluang sama rata untuk semua sekolah di seluruh negara dan sekarang ini saya nampak banyak banyak sekolah sedang berusaha merebut peluang untuk capai taraf itu," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan kerja ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Falahiah yang merupakan antara SKK yang diiktiraf dalam fasa kelapan pada 26 Jun lalu di Pasir Pekan, dekat sini hari ini.

Yang turut hadir Pengetua SMKA Falahiah, Jusoh Omar.

Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Rahman berkata, SKK yang terpilih digalakkan mengadakan program sekolah angkat bagi memastikan segala kelebihan, kemahiran dan ilmu pengetahuan yang dimiliki dapat disebar secara meluas.

"Kita ada kekangan dari segi kewangan dan sebagainya, jadi kalau nak bantu semua sekolah tak mungkin. Sehubungan itu, SKK perlu menjadi contoh kepada sekolah lain supaya ada sebaran pengetahuan.

"Misalnya, SMKA Falahiah memberi tumpuan kepada sukan memanah dan mata pelajaran Sejarah. Kelebihan yang ada pada sekolah ini perlu dikongsi bersama sekolah lain," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:59
Zohor 1:21
Asar 4:23
Maghrib 7:24
Isyak 8:33



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.