saya nak baca ..

PENDIDIKAN


ARKIB : 29/09/2014

Calon UPSR tetap bersemangat duduki semula peperiksaan

Biarpun terpaksa menduduki semula peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) kertas Sains dan Bahasa Inggeris pada 30 September dan Matematik serta Bahasa Tamil (9 Oktober) namun murid tetap bersemangat untuk melengkapkan cabaran itu.

Akashah Hidayat Mohd. Nizam, 12, dari Sekolah Kebangsaan (SK) Klang berkata, persediaan sewajarnya telah dilakukan bagi menduduki semula peperiksaan peperiksaan itu dan tetap cekal untuk mengharunginya.

Katanya, tiada apa yang lebih penting selain mengambil sekali lagi kertas peperiksaan terbabit dan mahu berfikiran positif mengenainya kerana perkara tersebut berkaitan masa depan.

Bagi Amir Hakim Najmudin dari SK Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, dia hanya mahu menumpukan pada peperiksaan akan datang dan memberi usaha terbaik dalam menjawab kedua-dua kertas soalan terlibat.

"Saya harus memberi segala usaha terbaik dalam menjawab soalan kertas tersebut,'' katanya.

Sementara itu, pelajar dari SK Jalan Tiga Bangi, Adam Syarifuddin Mohammad Fauzi, 12, memberitahu, dia kini sudah bersiap sedia menghadapi peperiksaan semula.

"Pada mulanya saya tidak dapat menerima keputusan itu, namun setelah guru memaklumkan akan mengambil peperiksaan semula, saya kembali bersemangat memanfaatkan peluang kedua ini.

"Ibu bapa dan guru terus memberikan sokongan moral dan semangat kepada saya dan rakan-rakan lain," ujarnya.

Murid SK Toh Ahmad Indera, Batu Gajah, Perak, Nurul Afiqah Azman berharap, isu soalan bocor tidak akan berulang pada masa depan.

"Kesempatan yang ada ini saya manfaatkan dengan membuat ulang kaji dan latih tubi berterusan untuk mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR," katanya bersemangat.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.