saya nak baca ..

PENDIDIKAN


ARKIB : 29/09/2014

Tiga kemahiran pemangkin kejayaan

PESERTA program motivasi menunjukkan keyakinan dengan simbol bagus selepas tamat mengikuti program itu di SMA Al-Ihsan, Kuantan, Pahang, baru-baru ini.

Gabungan tiga aspek kemahiran berkaitan kejayaan dalam bidang pendidikan menjadi teras pengisian Program t-Minda dan Terapi Jiwa anjuran MORAPIS Edar dengan kerjasama SMA Al-Ihsan di Kuantan, Pahang, baru-baru ini.

Menurut penceramah utama program ini, Dr. Ismail Zain, tiga kemahiran itu adalah aspek kejiwaan dan kerohanian, motivasi diri dan tabiat amalan pemakanan dalam kehidupan.

"Suntikan motivasi penting untuk meyakinkan para pelajar bahawa kejayaan mereka ada pada potensi yang perlu dicungkil serta penetapan yang dilakukan oleh minda individu," kata pakar motivasi dan penasihat Tutor ini.

Selain itu, katanya, aspek kemahiran berfikir aras tinggi turut diterapkan kepada peserta program.

Seorang lagi penceramah, Ustaz Ramli Hassan menyentuh aspek sentuhan jiwa dan rohani dalam sesi bersama ibu bapa peserta.

Beliau memberi panduan tentang tanggungjawab anak dan ibu bapa ke arah menuju kejayaan keluarga serta gangguan-gangguan yang boleh melekakan kehidupan manusia.

Pakar kaunseling, Saiful Baharin Mat Aroff pula menerangkan tentang kepentingan amalan dan tabiat pemakanan yang boleh membantu kesihatan dan seterusnya menyihatkan minda.

Sementara itu, Pengetua SMA Al-Insan, Mustaparudin Osman berpendapat, program ini banyak membantu membina insan cemerlang yang menjadi asas kepada keutuhan agama dan seterusnya boleh membawa negara ke arah kegemilangan.

"Program ini memang tepat dengan aspirasi murid serta matlamat negara yang inginkan pelajar berusaha, berfikir dan berdaya cipta menghargai potensi yang ada pada diri mereka.

"Saya berharap setiap murid jika diberi peluang perlu mengikuti program ini melalui penganjuran pihak sekolah," jelasnya.

Bagi guru dan pelajar, program ini memberi faedah yang besar untuk meningkatkan prestasi akademik dan menambahkan keyakinan diri mereka.

Sesiapa yang ingin menganjurkan program berkaitan pendidikan, sila hubungi 019-5713745 atau layari www.tutor.com.my/motivasi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.