saya nak baca ..

PENDIDIKAN


ARKIB : 22/09/2014

Transformasi kecemerlangan diri murid luar bandar

Peserta program motivasi bersama Dr. Ismail Zain menunjukkan tanda bagus selepas tamat program itu di SK Seri Bayu, Perak, baru-baru ini.

Seramai 200 murid Sekolah Kebangsaan Seri Bayu berpeluang mengikuti program motivasi Transformasi Kecemerlangan Diri kendalian Penasihat Unit Pendidikan Utusan Malaysia, Dr. Ismail Zain di sekolah itu di Manjung, Perak baru-baru ini.

Menurut Ismail, program dilaksanakan pada waktu sekolah kerana pengisian menepati proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang bercorak penerapan kemahiran generik.

"Program ini dirangka khas dengan dua tujuan iaitu, pertama, membantu murid terutamanya sekolah di luar bandar yang tidak mampu dari segi kos untuk menghantar mereka menghadiri bengkel motivasi yang dianjurkan oleh pihak luar.

"Kedua, memberi peluang kepada semua pelajar untuk mengikutinya kerana dilaksanakan di sekolah pada waktu persekolahan," jelasnya

Program dikendalikan sepenuhnya oleh pakar motivasi ini turut bermatlamat untuk meningkatkan semangat dan motivasi murid terhadap pelajaran.

Hasil program mendapat reaksi yang baik daripada kalangan murid yang rata-ratanya berasa seronok menyertai program tersebut manakala guru pula menganggapnya memberi input berkaitan motivasi diri kepada murid untuk mencipta kecemerlangan.

Dalam pada itu, sesiapa yang berminat menganjurkan program seperti ini, sila layari www.tutor.com.my/motivasi atau hubungi talian 019-5713745.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:13
Asar 4:31
Maghrib 7:20
Isyak 8:31



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.