saya nak baca ..

PENDIDIKAN


ARKIB : 22/09/2014

Terap nilai positif, beri inspirasi

Peserta Kem Motivasi UEM Sunrise Berhad mencuba teknik mengingat dengan pantas mengikut arahan fasilitator di Tiram Indah Village, Johor Bahru, baru-baru ini.

DI bawah program Pintar UEM Sunrise Berhad, 120 pelajar sekolah menengah di Johor menyertai kem motivasi bagi melengkapkan persediaan menghadapi peperiksaan dari segi mental dan fizikal.

Pengurus Besar Kanan Nusajaya, UEM Sunrise Berhad, Mohd. Nadzari Bachek berkata, melalui program selama tiga hari itu, pelajar berusia 16 dan 17 tahun didedahkan dengan penerapan nilai-nilai positif, semangat kerja berpasukan, kepentingan pengurusan masa, keazaman, ketabahan dan komitmen.

"Selain itu, diharap penganjuran kem ini dapat memberi inspirasi kepada pelajar agar lebih berkeyakinan dan berupaya menyerlahkan potensi diri dalam memilih profesion masa depan.

"Pada masa yang sama, pelajar dididik untuk menjadi individu lebih bertanggungjawab terhadap tindakan yang diambil, menghormati orang lain terutama ibu bapa dan guru kerana mereka yang secara berterusan memberikan bimbingan, sokongan, kasih sayang serta perlindungan," katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Pengisian kem motivasi di Tiram Indah Village, Johor Bahru itu meliputi sesi ceramah, perkongsian pengalaman hidup sesama pelajar, cara belajar berkesan dan teknik mengingat pantas.

Dalam teknik mengingat pantas, pelajar diajar untuk mengingat 60 benda dan menyebutnya semula mengikut urutan, kemudian diulang semula mengikut urutan songsang dan menyebut benda di sebalik nombor tersebut secara rawak.

Melalui program ini juga, hubungan antara pelajar, guru dan ibu bapa dapat dirapatkan di samping mengukuhkan persefahaman sesama mereka.

Uniknya kem ini, ibu bapa turut serta dalam satu sesi ceramah motivasi khas tentang keibubapaan.

Sementara itu, salah seorang peserta, Muhammad Nor Fitri Norizan, 17, memberitahu, tanggapan awalnya bahawa kem ini membosankan ternyata silap kerana memperoleh banyak pengetahuan bermanfaat.

"Kem ini membuatkan saya menyedari kepentingan untuk meningkatkan keyakinan dan pencapaian diri," katanya.

Bapanya, Norizan Ali, 46, berkata, dia tidak menyangka penyertaan pertama kali dalam ceramah motivasi bersama anaknya memberi kesedaran dan pengalaman berguna.

"Banyak tip yang baik dapat dikongsi di samping kesedaran kepada ibu bapa agar memberikan sokongan moral yang berterusan kepada anak-anak,'' ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:19
Asar 4:31
Maghrib 7:24
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.