saya nak baca ..

PEMOTORAN


ARKIB : 15/10/2014

Naza Kia buka Red Cube keempat

DARI kiri Ng Yee Lin, Pike Hon Wei Keong, Syed Abdul Hafiz Syed Abu Bakar dan Kim Dae Kim pada majlis pelancaran cawangan Red Cube keempat di Johor Bahru, semalam.

KUALA LUMPUR 14 Okt. - Naza Kia Malaysia Sdn. Bhd., pengedar rasmi kenderaan Kia Motors di Malaysia membuka cawangan pusat jualan, perkhidmatan dan alat ganti (3S) Red Cube yang keempat di Johor Bahru.

Ketua Pegawai Operasinya, Datuk Syed Abdull Hafiz Syed Abu Bakar berkata, sebanyak RM9 juta telah dilaburkan bagi tujuan jualan, perkhidmatan, kemudahan alat ganti dengan ruang istirahat untuk pelanggan.

Katanya, Kia JJ Sdn. Bhd., merupakan pusat 3S yang boleh memuatkan sembilan kereta di kawasan bilik pameran dan mempunyai enam bahagian per­khidmatan yang dapat menye­lenggara sehingga 24 buah kereta sehari.

"Cawangan ini terletak di Taman Bayu Puteri, Permas Jaya, Johor Bahru dan mempunyai sa­saran jualan sebanyak 50 buah sebulan.

"Berada di daerah utama bandar Johor Bahru, Kia JJ ini dilihat mampu memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan Kia di Johor Bahru," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis pelancaran cawangan itu, Pengarah Urusan Kia JJ, Pike Hon Wei Keong, Penolong Pengarah Urusan Kia JJ, Ng Yee Lin dan Timbalan Pengurus Besar Kia Motor Corporation, Kim Dae Kim.

Kia JJ, cawangan kedua Red Cube bagi negeri berkenaan dalam masa sama akan mengukuhkan rangkaian Naza Kia Malaysia di wilayah selatan.

Tambah beliau, sejak 2011, Naza Kia Malaysia melancarkan tiga cawangan Red Cube di tengah, pantai timur dan selatan negara ini sementara cawangan kelima akan dibuka esok di Rawang, Selangor.

Menurutnya, bagi 2014, syarikat menyasarkan untuk mening­katkan jumlah jualan kepada 11,300 buah dengan model yang dapat mencapai matlamat itu ialah Cerato dan Cerato Kx.

Menggabungkan reka bentuk, teknologi dan fungsi terbaik, Ce­rato mewakili penanda aras baharu dalam kelasnya manakala Cerato Kx menawarkan nilai luar biasa dengan mengekalkan ciri terbaik menjadikannya Cerato paling laris jualannya di seluruh dunia.

"Kedua-dua model berkenaan menyumbang sebanyak 40 peratus kepada jualan keseluruhan kami dengan permintaan yang semakin meningkat," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.