saya nak baca ..

PEMOTORAN


ARKIB : 13/10/2014

Keunikan dan kemewahan Citroen DS5

Citroen DS5

MEMANDANG pada fizikalnya, ia agak menarik dan model ini telah lama penulis impikan untuk mengujinya setelah model ini diperkenalkan tiga tahun lepas di Pameran Auto Shanghai, China.

Bagi penulis, rekabentuknya aerodinamik, panjang dan tahap kelegaan yang agak tinggi dari permukaan tanah untuk menjadikannya ia lebih tinggi daripada kereta biasa.

Lampu depan yang besar dengan gril berkrom serta lampu kabus pada bampar yang besar dengan struktur badan yang menirus ke belakang menjadikan Citroen DS5 sangat gagah dan menawan.

Citroen bukanlah jenama asing kerana cerita legenda tentang jenama ini ialah kemampuan suspensi yang akan naik secara automatik pada model-modelnya pada tahun 1980-an.

Bukan itu sahaja, penulis ketika zaman kanak-kanak diceritakan tentang kebolehan jentera itu bergerak walaupun satu tayar di belakang ditanggalkan. Itu kisah lampau, dan penulis tidak pernah mencari kebenarannya sehingga kini.

Sebagai sebuah model buatan Eropah, iaitu Perancis, ramai yang mempunyai persepsi bahawa model ini menawarkan pemanduan yang unik dan selesa. Lagipun kereta buatan Eropah sebenarnya memang menjadi tanda aras dalam membuat perbandingan bagi rakyat Malaysia.

Citroen DS5 disifatkan sebagai model premium yang bukan sahaja pada rekabentuknya luarannya, tetapi juga pada hiasan dalaman.

Sebaik sahaja membuka pintu, yang agak sedikit berat, pemandu akan disajikan dengan kerusi balutan kulit Fauve Club dengan jahitan berpetak-petak seperti jahitan ketupat.

Keunikan balutan pada kerusi tersebut pernah disifatkan sebagai yang terbaik jika dibandingkan dengan kerusi pada kereta buatan Eropah yang lain. Malah, ia boleh dipanjangkan secara manual untuk mengampu kaki pemandu dan penumpang di sebelahnya dengan lebih selesa.

Kedua-dua kerusi tersebut boleh dilaras secara elektrik dan terdapat fungsi mengurut pada kerusi pemandu bagi menyegarkan belakang badan dalam perjalanan yang panjang.

Papan pemuka juga memanjang ke bawah dengan paparan meter dibahagikan kepada tiga bahagian. Terdapat butang menu pada konsol tengah di belakang batang gear Bagaimanapun, panel kawalan radio agak ringkas dan tidak dapat memberi impak keunikan pada model ini.

PANEL kawalan dengan bentuk agak unik.

Pada bahagian atas papan pemuka pemandu, terdapat skrin kecil lutsinar yang memaparkan data-data pemanduan seperti kelajuan. Skrin ini akan tegak apabila enjin dihidupkan.

Citroen DS5 dilengkapi dengan rekaan bumbung matahari memanjang ke belakang di bahagikan kepada tiga bahagian, boleh dibuka secara berasingan untuk penumpang depan, belakang dan pemandu.

Seperti penulis nyatakan, Citroen DS5 ini amat unik. Butang kawalan cermin tingkap diletakkan di bahagian tengah di butang menu dan begitu juga cermin belakang yang diletakkan pada bahagian bawah corong pendingin hawa belakang. Ini menjanggalkan.

Tetapi yang paling menarik ialah butang-butang kawalan untuk cermin bumbung matahari yang diletakkan pada bumbung di cermin pandang belakang. Bagi penulis ia umpama butang kawalan pesawat.

Untuk Citroen DS5 ini, penulis memilih laluan ke Sungai Besar hingga ke Tanjung Malim sebelum berpatah balik ke Kuala Lumpur. Enjin 1.6 liter dengan kuasa `soft turbo' ini tidak menghampakan.

Di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (Latar), penulis menguji kemampuan enjin model ini dan mencatatkan kelajuan 179 km/j pada laluan yang lurus. Sistem suspensi jenis MacPherson di depan dan Flexible transverse beam tidak menghasilkan olengan yang melampau pada kelajuan tinggi.

Enjin Citroen DS5 yang menghasilkan 154 kuasa kuda mampu mencatatkan kelajuan maksimum 202 km/j dan memerlukan 9.7 saat untuk memecut dari 0 hingga 100 km/j. Sesuatu yang mengagumkan untuk model sepanjang 4.53 meter (m), lebar 1.871 m dan setinggi 1.539 m.

Kerusi pemandu dan penumpang sebelah, boleh mengampu kaki untuk lebih selesa.

Jika pemandu mahukan lebih lonjakan kuasa, boleh menukar transmisi enam kelajuan automatik kepada manual menggunakan tombol gear dan penulis lebih selesa dengan transmisi automatik kerana ingin mengalami pemanduan yang lebih tenang dan menikmati suasana premium dalam kabin.

Tidak sempurna jika sebuah kereta buatan Eropah tidak dilengkapkan dengan ciri-ciri keselamatan yang tinggi. Bagi model ini, ia disertakan dengan brek antikekunci (ABS) dengan pengagihan brek elektronik (EBD) serta bantuan brek kecemasan (EBA).

Teknologi keselamatan ini amat membantu penulis dalam mengambil selekoh yang tajam pada kelajuan tinggi tanpa perlu menekan brek dengan lebih kerap.

Citroen DS5 ini menggunakan sistem hiburan Denon Hi-Fi yang penulis sifatkan sebagai mengagumkan dan membantu melegakan halwa telinga jika terperangkap dalam kesesakan jalan raya.

Ada wartawan permotoran menyifatkan Citroen DS5 merupakan gabungan gaya kenderaan kategori 'hatchback' dan 'estate'.

Bagi penulis, Citroen DS5 menterjemahkan keunikan dan kelainan orang Perancis dalam industri permotoran global.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.