saya nak baca ..

PEMOTORAN


ARKIB : 08/10/2014

Great Wall M4 terima 1,500 tempahan

GREAT Wall M4 dijangka memberi saingan kepada kenderaan SUV lain.

KUALA LUMPUR 7 Okt. - Great Wall Motors Co Ltd. menerusi syarikat sekutunya, Go Automobile Manufacturing Sdn. Bhd. (GO Auto), telah menerima lebih 1,500 buah tempahan untuk kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak, M4 selepas mula diperkenalkan di pasaran ini Julai lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif GO Auto, Ahmad Azam Sulaiman berkata, harga M4 yang berpatutan iaitu bermula dari RM46,999 sebuah atas jalan dengan insurans dijangka akan memberi saingan yang hebat kepada SUV lain di Malaysia.

Katanya, harga M4 yang bukan sahaja berpatutan malah cekap tenaga itu telah memberi definisi baharu kepada kenderaan seg­men B.

"Selepas diperkenalkan, M4 berjaya menerima tempahan lebih 1,500 unit dan berdasarkan statistik 90 peratus daripada tempahan adalah daripada kaum Cina dan masing-masing lima peratus bagi Melayu dan India.

"Kebanyakan tempahan adalah daripada pemilik kereta pertama yang berumur antara 21 hingga 35 tahun dan memerlukan kereta yang sesuai untuk membawa keluarga mereka," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

M4 boleh didapati dalam enam warna itu hitam biru, oren, perak, putih, merah dan biru.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:10
Asar 4:13
Maghrib 7:12
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.