saya nak baca ..

PEMOTORAN


ARKIB : 07/10/2014

Harga dipengaruhi tukaran mata wang asing

KUALA LUMPUR 6 Okt. - Harga kereta baharu secara umumnya dijangka turun antara satu dan tiga peratus selepas pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), tetapi akan diimbangi oleh harga tinggi komponen kenderaan yang diimport berikutan faktor pertukaran mata wang asing.

Komponen kenderaan kebanyakannya diimport dari Jepun dan jika yen meningkat berbanding ringgit, penjimatan satu hingga tiga peratus boleh berkurangan kerana kos komponen kini akan lebih tinggi dan akan mempengaruhi harga kereta.

Pengarah Bahagian GST Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Datuk Subromaniam Tholasy berkata, tiada siapa tahu kadar pertukaran mata wang asing sebenar pada Disember ini atau Januari tahun depan.

"Oleh itu, saya tidak akan sekali-kali mengatakan bahawa harga kereta akan turun. Saya tidak tahu, tiada siapa yang tahu," katanya.

GST yang akan berkuat kuasa pada 1 April 2015, sepatutnya menurunkan harga kereta antara satu peratus dan tiga peratus.

"Terdapat sedikit penjimatan tetapi kita perlu ingat, kos terbesar bagi kereta bukan komponen cukai iaitu GST, tetapi membabitkan kadar pertukaran mata wang asing.

"Secara teorinya, harga akan turun, antara satu hingga tiga peratus. Tetapi, kita perlu ingat, itu untuk kereta baharu," katanya dan menambah secara tidak langsung akan turut menjejaskan harga kereta lama.

Cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sebanyak 10 peratus akan dimansuhkan pada 1 April 2015 dan diganti dengan GST yang ditetapkan pada enam peratus.

Dalam laporan sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Malaysia (MAI), Mohamad Madani Sahari berkata, pelaksanaan GST pada 2015 bakal merangsang permintaan bagi kenderaan dengan pengurangan harga disebabkan oleh pemansuhan SST.

Beliau berkata, jumlah keseluruhan industri (TIV) lebih baik tahun ini berbanding tahun lepas didorong oleh kempen jualan yang agresif oleh peserta industri.

Unjuran TIV bagi tahun ini daripada 670,000 unit telah disemak semula kepada 680,000 unit.

MAI melaporkan TIV bagi tempoh Januari hingga Julai berjumlah 11,490 unit atau tiga peratus lebih tinggi berbanding tempoh yang sama pada 2013. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.