saya nak baca ..

PEMOTORAN


ARKIB : 23/09/2014

Penguasaan kereta nasional pulih

PROTON IRIZ

KUALA LUMPUR 22 Sept. - Pengenalan Perodua Axia dan Kereta Kompak Proton (PCC) Iriz, dijangka dapat memulihkan kembali penguasaan kereta nasional di dalam jualan keseluruhan industri negara (TIV), yang kini dikuasai jenama-jenama asing yang ghairah memperkenalkan model baharu dengan penurunan harga.

Setakat lapan bulan pertama tahun ini, penguasaan kereta nasional terus mengecil kepada 48 peratus berbanding kebiasaan dengan menguasai separuh TIV.

Antara punca kepada kemerosotan itu ialah pembeli sendiri yang dikatakan menantikan keluaran model baharu Perodua dan Proton, sekali gus menyebabkan jualan kereta kedua-dua syarikat menjunam.

Dalam tempoh lapan bulan pertama 2014, jualan Perodua merosot 1,688 buah berbanding tempoh sama 2013, sementara jualan Proton merosot 10,518 buah untuk tempoh yang sama.

Affin Hwang Investment Bank Bhd. berkata, faktor lain dikatakan berpunca daripada sikap pembeli tempatan yang semakin terarah untuk membeli kereta asing kerana tahap pendapatan yang semakin baik.

"Bagaimanapun, Proton dan Perodua dijangka mampu memperbaiki semula penguasaan kereta nasional melalui pengenalan Axia atau PCC dengan penawaran harga yang lebih murah berbanding model lain di dalam segmen masing-masing," menurut bank pelaburan itu dalam nota kajiannya hari ini.

Pada 15 September lalu, Perodua telah memperkenalkan Axia sebagai pengganti Viva dengan tawaran harga antara RM24,600 hingga RM42,530 sebuah. Model itu dijangka dapat memulihkan kembali jualan Perodua yang terjejas akibat kurangnya permintaan terhadap Viva.

Sementara Proton melalui model kompaknya Iriz dengan harga antara RM42,438 hingga RM62,888 sebuah, dijangka menaikkan kembali imej kereta nasional negara itu di dalam industri automotif tempatan yang kini semakin dikuasai jenama-jenama asing.

Menurut bank itu lagi, demografi penduduk negara ini yang mula berubah daripada kelompok berpendapatan rendah kepada pendapatan menengah, telah membuatkan pembeli semakin berani untuk membeli kereta lebih mahal terutama jenama asing.

Sementara itu, menurut MIDF Research, peningkatan jualan jenama asing disumbangkan oleh prestasi kukuh Honda dan Toyota. Antara model yang menjadi perhatian ialah Honda City, Honda Jazz dan Toyota Vios.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:23
Maghrib 6:58
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.