saya nak baca ..

PEMOTORAN


ARKIB : 12/09/2014

Naza perkenal Vespa Primavera

MODEL-MODEL memperagakan Vespa Primavera pada majlis pelancaran di Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/Nasirruddin Yazid

KUALA LUMPUR 11 Sept. - Pengimport dan pengedar tunggal Vespa di Malaysia, Naza Premira Sdn. Bhd. (Naza Primera) memperkenalkan varian terbaharu skuter Vespa Primavera dengan harga RM11,888 sebuah tidak termasuk insurans.

Ketua Jualan dan Operasinya, Farouk Faisal berkata, pihaknya yakin motosikal itu akan mendapat sambutan baik memandangkan penduduk negara ini yang semakin berkemampuan dan mementingkan penampilan diri.

Katanya, bagi memudahkan skuter itu diperoleh dan diselenggara, pihaknya mahu membuka 20 kedai pameran Vespa di seluruh negara menjelang akhir tahun.

Katanya, ketika ini terdapat sembilan kedai pameran Vespa di seluruh negara.

"Saya mengakui harga tersebut agak tinggi berbanding motosikal berkuasa rendah keluaran Jepun. Tetapi saya masih merasakan Vespa tetap mendapat sambutan kerana jenamanya yang ikonik," katanya kepada pemberita selepas pengenalan skuter itu di sini hari ini.

Turut hadir ialah Pengurus Jualan Kawasan, Piaggio Asia Pasifik, Brendan Ang, Naib Presiden Kanan, Naza World Group of Companies, Abdul Hamid Ismail dan Naib Presiden Bersekutu Naza World Group of Companies, Juan Chow Wee.

Skuter itu didatangkan dengan empat pilihan warna iaitu biru, putih, merah dan hitam dengan enjin 154.8cc serta transmisi automatik.

Farouk berkata, Vespa yang seberat 120 kilogram itu amat bersesuaian dengan keadaan jalan raya tempatan yang sentiasa sesak.

Katanya berdasarkan pengalaman, motosikal itu mampu mencatatkan kelajuan maksimum 120 kilometer sejam. Jelasnya lagi, jika mengisi minyak penuh menggunakan RON97, pengguna hanya perlu berbelanja RM20 dan jarak perjalanan yang mampu dicapai ialah 200 kilometer.

Motosikal itu dipasang di Vietnam, dan boleh didapati di mana-mana gerai pameran Vespa.

"Kami menyasarkan kelompok pasaran yang umum termasuk mereka yang bukan kaki motosikal atau skuter," kata Farouk lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:10
Asar 4:13
Maghrib 7:12
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.