saya nak baca ..

PEMOTORAN


ARKIB : 08/09/2014

Lotus tawar pakej harga baharu

Lotus Elise S

KUALA LUMPUR 7 Sept. - Peminat kereta Lotus di Malaysia ditawarkan pakej harga baharu yang menarik pada tahun ini bagi model-model kereta berprestasi tinggi milik Proton Berhad itu.

Menurut Lotus Cars Malaysia, kereta yang masih dibina dengan tangan di kilangnya di Hethel, United Kingdom itu ditawarkan pada harga bermula dari RM279,888 untuk Elise S dan model Exige S Coupe (RM405,777), Exige S Roadster (RM410,777) dan model paling atas, Evora S (RM475,999).

Selain harga baharu, pelanggan juga akan memperoleh jaminan tiga tahun dari kilang dan dua tahun pakej penyelenggaraan dan servis percuma, di samping masuk percuma satu kali untuk menghadiri Akademi Memandu Lotus yang terkenal.

Dalam pada itu, melalui strategi harga baharu terbabit, Lotus Cars Malaysia berharap dapat berkongsi pengalaman memiliki kereta sports berprestasi tinggi British yang mampu dimiliki kepada peminat kereta yang lebih luas.

Bagi melihat sendiri kereta-kereta ini, orang ramai boleh melawat pusat-pusat servis, jualan dan alat ganti (3S) Jalan Damansara, Kampung Sungai Penchala atau menghubungi talian 03-77250182 untuk menempah bagi pandu uji atau mendapatkan maklumat lanjut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.