saya nak baca ..

PEMOTORAN


ARKIB : 25/08/2014

Revolusi industri automotif negara

PROTON Wira yang ke sejuta menggambarkan bahawa Malaysia mampu mengeluarkan kereta sendiri.

Sepanjang tempoh 57 tahun kemerdekaan negara, pelbagai pencapaian diraih kita khususnya dalam beberapa bidang industri utama dunia termasuk sektor automotif, sekali gus membolehkan Malaysia muncul sebagai antara negara perindustrian yang disegani di mata dunia.

Kecemerlangan itu juga turut membabitkan pemindahan teknologi kejuruteraan enjin baharu ke dalam negara sehingga mewujudkan ribuan peluang pekerjaan kepada anak tempatan.

Antara sorotan pemindahan teknologi luar ke dalam negara yang boleh dijadikan contoh ialah dalam teknologi kejuruteraan automotif yang memperlihatkan Proton Holdings Bhd. (Proton), merevolusikan industri automotif nasional dari zaman karburetor kepada zaman suntikan bahan api menerusi pengenalan model Proton Wira.

Walaupun sudah 21 tahun diperkenalkan, hari ini kita masih lagi boleh melihat Wira mendominasi jalan raya walaupun pengeluarannya sudah pun ditamatkan.

Dari zaman awal pengenalannya dan sehingga kini, tidak banyak masalah yang timbul, yang didengari dari pemilik yang membebel serta merungut. Boleh dikatakan semuanya 'ok'.

Wira pertama kali diperkenalkan pada 1993 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Versi ini amat popular di Malaysia kerana ia dilancarkan selepas hampir lapan tahun Proton tidak mengeluarkan sebarang model dan hanya bergantung kepada model generasi Proton Saga sahaja.

Model baharu itu mula diusahakan kira-kira pada 1990 dengan wawasan melahirkan sebuah kereta penumpang subkom pak.

Kelahirannya merupakan satu detik yang bersejarah pada negara memandangkan keupayaan industri automotif negara mencapai misinya dalam melahirkan kereta yang terus menjadi pilihan dan popular dalam kalangan rakyat Malaysia berikutan aspek kualitinya yang baik, harga yang munasabah dan nilai terbaik bagi pembeli.

Konsep kereta ini mengambil kira komitmen Proton untuk memajukan kereta yang selesa dengan tahap keselamatan yang tinggi, kemasan terkini di bahagian luar dan hiasan dalaman, selain mempunyai ruang penumpang yang luas serta ruang bonet yang mencukupi untuk simpanan barang-barang.

Maka tidak hairanlah Proton Wira menjadi sebuah kereta yang sesuai untuk pemanduan harian seorang diri atau ketika bersama keluarga kerana ia mampu membawa barang-barang dengan ruang bagasi yang mencukupi.

Model ini juga mempunyai tahap pengendalian dan pemanduan yang cemerlang dan selesa. Selain itu Proton Wira juga 'senang dijaga' kerana ia mempunyai alat ganti yang mudah didapati, dan yang paling penting ialah harganya yang berpatutan, sekaligus menjadikan ia model pilihan kepada pembeli yang inginkan kos pembaikan dan servis yang rendah.

Pada tahun 2000, Proton memperkenal pula Proton Waja, sekali gus mencipta satu lagi lembaran sejarah baharu dalam industri automotif negara apabila menjadi kereta nasional pertama yang reka bentuknya dimajukan sepenuhnya oleh jurutera tempatan.

Proton Waja ialah model kelapan selepas Proton Saga pada 1985; Iswara (1992); Wira (1993); Satria (1994); Perdana (1995); Tiara (1996) dan Putra (1997).

Proton berjaya membuktikan kepada dunia bahawa anak tempatan juga mampu mereka bentuk sebuah kereta yang bercirikan identiti nasional serta mampu dimiliki oleh rakyat.

Penggunaan logo baharu lambang kepala harimau yang membuktikan satu jenama yang kukuh dan setanding jenama pengeluar kereta lain di dunia, tertera pada hampir setiap bahagian utama kereta itu, seterusnya menampilkan ciri sebenar kereta yang eksklusif.

Pengenalan Proton Waja yang ditawarkan dengan harga berdaya saing mengikis tanggapan umum mutu kereta Proton termasuk model sebelum ini tidak seperti yang diharapkan.

Proton Waja boleh dikatakan kereta yang menawarkan pelbagai ciri istimewa setanding dengan kereta lain dalam kelasnya.

Reka bentuknya jelas mengikis bayangan model keluaran Mitsubishi, Jepun pada model Proton sebelum ini sekali gus memberikan satu identiti baharu buat Proton.

Dengan konsep pemanduan 'Selamat dan Berada Dalam Kawalan' Proton menghadiahkan kepada rakyat Malaysia sebuah kereta yang selamat untuk dipandu tanpa meninggalkan ciri kereta yang eksklusif dan sesuai dipandu oleh golongan eksekutif mahupun mereka yang berkeluarga.

Antara ciri itu ialah pemasangan beg udara keselamatan masing-masing di bahagian pemandu dan penumpang hadapan selain struktur badan kereta yang ditingkatkan dengan dua kali lebih kukuh berbanding model Proton sebelum ini termasuk menepati piawaian yang ditetapkan oleh Ujian Pelanggaran Eropah 2003.

Proton Wira melambangkan revolusi industri automotif nasional daripada zaman karburetor kepada zaman suntikan bahan api. Revolusi inilah yang menjadikan Malaysia antara contoh terbaik sebagai sebuah negara perindustrian.

Proton Waja pula memperlihatkan bukti kepakaran anak tempatan dalam membangun dan mengeluarkan kereta sendiri.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.