saya nak baca ..

PEMOTORAN


ARKIB : 11/08/2014

K5 mampu atasi model Jepun, Eropah

Penulis pernah memandu Kia Optima K5 ketika ia dilancarkan di Melbourne, Australia pada tahun 2011. Ketika itu penulis amat mengagumi reka bentuknya yang elegan dan garang.

Optima K5 yang mendapat sentuhan Peter Schreyer merupakan model terbaik pernah dilahirkan Kia kerana dilengkapi dengan pelbagai aksesori menarik seperti lampu hadapan HID Xenon dan lampu nyalaan siang LED yang terletak di bahagian bampar.

Reka bentuk luarannya kelihatan sporty dengan lampu hadapan yang memanjang serta lampu belakang ditarik ke sisi selain disokong oleh rim aloi bersaiz 18 inci yang cukup menawan.

Namun, setelah tiga tahun, Kia memperkenalkan pula versi facelift Optima K5 yang dilancarkan pada Januari lalu dengan beberapa perubahan membabitkan sejumlah 25 penambahbaikan.

Penulis diberi peluang untuk mengujinya pada awal hujung bulan lalu sempena kedatangan Syawal. Sebelum mengambil model tersebut, Ketua Komunikasi Pemasaran Naza Kia Malaysia, Shahneezam Mohd. Nor memberi jaminan bahawa K5 mampu mengatasi model-model yang setarafnya dari Jepun.

Optima K5, iaitu model sedan eksekutif dalam kelas segmen D dan setara dengan model Toyota Camry, Honda Accord, Volkswagen Passat dan lain-lain.

Dari segi reka bentuknya, secara peribadi penulis merasakan ia lebih baik berbanding dengan pesaingnya dari Jepun dan juga Eropah. Jeriji hidung harimau honeycomb dengan lampu nyalaan siang yang dikembalikan kepada lampu utama menonjolkan watak garang pada model K5 ini.

Tetapi, apa yang paling menarik ialah lampu kabus kiub ais yang paling unik terletak di bampar dan tidak ada pada model-model kereta lain. Jika lampu kabus itu dijadikan lampu nyalaan siang, sudah tentu menyerlahkan model ini. Lampu belakang juga diberi nafas baharu dengan lampu LED yang dipanjangkan berbanding model K5 yang terdahulu.

Untuk memudahkan meletak di ruang kenderaan, K5 yang agak besar dilengkapi dengan lapan sensor parkir keseluruhannya di depan dan belakang dengan disepadukan bersama paparan skrin sentuh multimedia 4.3 inci TFT-LCD. Cermin pandang belakang diselia secara elektronik dan memalapkan penglihatan jika cahaya kenderaan di belakang terlalu cerah dan menyilaukan mata,

Selain itu model ini disertakan dengan brek parkir elektronik, sistem auto hold yang membantu di persimpangan lampu isyarat, sistem butang penghidup enjin dengan kunci pintar dan pelbagai lagi penambahbaikan lain.

Penulis mengambil kesempatan untuk menguji K5 ini dari Kuala Lumpur ke Raub, Pahang, kemudian ke Tanjung Malim, Perak dan kembali semula ke Kuala Lumpur.

K5 ini dilengkapi dengan enjin Nu 2.0 liter CVVL yang penulis sifatkan sesuai untuk sebuah model eksekutif sedan. Model ini bukanlah sebuah kereta yang perlu dipandu laju, tetapi lebih kepada keselesaan dan gaya. Enjinnya lebih senyap berbanding model sebelumnya hasil penggunaan tayar selebar 225/45 R18. Kia berjaya mengurangkan bunyi bising sebanyak 3.3dB untuk model ini.

Brek parkir elektronik yang berfungsi ketika ditekan secara automatik akan 'terlepas' apabila gear dimasukkan. Tidak seperti model lain yang perlu menarik butang tuil semula untuk melepaskan brek.

Dengan kesenyapan kabin bersama kusyen kulit bermutu tinggi, menjadikan pemanduan lebih selesa ketika mengujinya di Lebuhraya Kuala Lumpur Karak. Penyerap hentak agak lembut manakala pemandu diberi tiga pilihan pemanduan iaitu Eco, dengan lampu hijau pada paparan meter, Normal dan Sport yang berwarna kuning.

Untuk pemanduan Sport, terasa ada kuasa ledakan tetapi tidak terlalu keras manakala untuk Eco pula, ia mampu menjimatkan penggunaan petrol. Penulis sempat memecut sehingga 190 km/j dan pada kelajuan yang tinggi itu, model ini masih selesa dikendalikan tanpa bunyi enjin yang agak bising.

Begitu juga pengambilan selekoh pada kelajuan tinggi, dengan bantuan Program Kestabilan Elektronik (ESP) model ini mampu mengambil selekoh yang agak tajam di lebuh raya itu pada kelajuan 120 km/j tanpa terasa tayar belakang membuang.

K5 ini juga dilengkapi dengan cermin kaca Hydrophobic yang membolehkan air hujan mengalir turun dengan lancar tanpa menghasilkan tompokan. Ini menghasilkan penglihatan yang lebih jelas walaupun hujan.

Satu perkara yang paling penulis rasakan model ini hebat ialah kerusi pengudaraan (Air-Ventilated Seats) pada pemandu dan penumpang hadapan dengan dua pilihan iaitu udara sejuk atau panas. Bagi penulis, ia adalah satu ciri yang paling menarik untuk iklim di Malaysia.

Bagi penulis, terlalu banyak kelebihan pada Optima K5 dan hanya persepsi yang menyebabkan model ini dilabelkan sebagai tidak sehebat model dari Jepun. Malah, penulis dapat menyimpulkan model ini sebenarnya mengatasi model buatan Eropah yang sekelas dengannya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.