saya nak baca ..

PEMOTORAN


ARKIB : 14/07/2014

Chevrolet Colorado

Chevrolet Colorado mudah mengharungi jalan tidak rata dan berlumpur.

SATU demi satu trak pikap yang diperkenalkan hari ini sudah mengenepikan imej 'lori kecil dipandu hanya kontraktor'. Sebaliknya, reka bentuk trak pikap mirip kepada kenderaan utiliti sport atau SUV. Satu-satunya yang kekal atau semakin diperhebatkan ialah kuasa enjinnya.

Selepas kejayaan generasi pertama Colorado yang dilancarkan pada 2002, Chevrolet menghasilkan generasi keduanya pada 2011. Mula memasuki pasaran Malaysia pada 2012, generasi kedua trak pikap Chevrolet ini berjaya memikat pelanggan terutama dengan penawaran transmisi automatik 6-kelajuan.

Tahun 2014 menyaksikan sekali lagi kejayaan Chovrolet dengan pelancaran Colorado Muscle yang menghasilkan kuasa kilas 500Nm. Secara teorinya, kuasa kilas ini boleh dicapai dengan enjin yang besar tetapi enjin Coloradi hanya 2.8 liter.

Chevrolet Colorado Muscle menawarkan kuasa yang hebat iaitu 193 kuasa kuda (hp) pada 3600 revolusi per minit (rpm). Kekuatan ini sewajarnya dibuktikan dalam pemanduan off-road tetapi sekadar untuk rekod, pada jalan lurus, trak pikap ini boleh mencapai kelajuan tertinggi 180km/j dan boleh dipecut dari 0 hingga 100km/h dalam masa 10 saat.

Kemampuan ini diperolehi dari suntikan enjin diesel Duramax yang memberikan Colorado lebih kuasa berbanding sebelum ini. Jangkaan terhadap pemanduan yang kasar yang mungkin disebabkan kuasa dan kilas besar ini meleset sama sekali. Kuasa pada Colorado Muscle ini disalurkan dengan lancar dan seimbang, terutama ketika dalam mod pacuan 4 roda.

Colorado Muscle ditawarkan dalam 2 versi iaitu 2.5L manual dan 2.8L automatik. Edisi ini dilengkapi dengan ciri keselamatan seperti Cornering Brake Control, Hydraulic Brake Fade Assist, Panic Brake Assist, Traction Control, Electronic Stability Control, Hill Descent Control dan mampu membawa beban seberat 1,025kg. Ciri tambahan lain termasuklah MyLink connectivity, sambungan Bluetooth, USB, paparan skrin sentuh dan kawalan suara pada roda steering.

Colorado bukan sekadar trak pikap yang penuh kuasa namun ia turut dilengkapi ciri-ciri yang membuatkan pemanduan lancar dan mudah dengan bantuan Hill Start Assist yang dipasang pada Colorado terutama ketika memandu di jalan raya di Malaysia yang sentiasa berdepan kesesakan dan jalan berbukit.

Ciri keselamatan Hill Descent Control (HDC) menjadikan pemanduan Colorado lebih mudah di jalan bandar dan di trek lumpur kerana HDC yang dipasang pada trak pikap ini akan mengurangkan kelajuan. Jika memandu menuruni curam, sistem HDC ini akan secara mengurang kelajuan secara automatik walaupun pedal brek tidak ditekan.

Bagi rekaan dalaman Colorado ini, tampil kemas dan premium bersama kombinasi pilihan warna yang berbeza, menjadikan trak pikap ini terasa seperti kereta eksekutif.

Peningkatan dalam sistem infotaimen turut menjadi antara kelebihan pada Colorado ini. Sistem hiburan ringkas yang dipasang sebelum ini diganti dengan dua skrin DIN yang disambungkan dengan MyLink bersama sambungan Bluetooh, USB, paparan skrin sentuh dan kawalan suara yang boleh dikawal melalui butang kawalan di stereng.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:10
Asar 4:13
Maghrib 7:12
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.